Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund mara, Stuttgart tersingkir

-

BERLIN, Jerman: Finalis Piala Jerman musim lepas, Borussia Dortmund, tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan kelab divisyen tiga, Stuttgarte­r Kickers 4-1 menerusi dua gol Pierre-Emerick Aubameyang Sabtu lepas.

Penyerang, Adrian Ramos juga menjaringk­an gol perlawanan kompetetif yang pertama sejak tiba dari Hertha Berlin musim ini dan Hekrikh Mkhitaryan menambah satu lagi gol ketika Dortmund mengawal sepenuhnya permainan.

Dortmund menyaksika­n kepulangan pemain sayap, Marco Reus selepas 11 minggu berehat kerana kecederaan dan raksi di Piala Dunia 2014 selepas kecederaan semasa perlawanan persediaan terakhir pada bulan Jun.

Selain beliau, Neven Subotic, juga kembali beraksi selepas kecederaan lutut musim lepas.

Pada perlawanan lain, VfB Stuttgart, kelab Bundesliga Jerman, tersingkir awal apabila tewas 0-2 kepada kelab divisyen dua,VfL Bochum.

Pemain baharu, Simon Terodde, yang tiba dari Union Berlin, menjaringk­an keduadua gol untuk Bochum ketika jurulatih Stuttgart, Armin Veh mengalami kekecewaan pada penampilan kedua sebagai jurulatih di kelab itu. kedua dari Bundesliga yang tersingkir awal pada kejohanan ini selepas Mainz 05 tewas kepada Chemnitz menerusi penentuan sepakan penalti Jumaat lepas.

Branimir Hrgota menjaringk­an dua gol dengan satu lagi gol dijaringka­n Andre Hahn ketika Borussia Dortmund menewaskan Homburg 3-1 untuk menempah tempat ke pusingan kedua.

Turut mara ke pusingan kedua ialah Hertha Berlin, yang menewaskan Viktoria Cologne 4-2 dan Hanover 96, yang menewaskan Astoria Walldorf 3-1.

Pendatang baharu Bundesliga, Cologne, membelasah FT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia