Utusan Borneo (Sarawak)

Williams melangkah ke final Siri Master Cincinnati

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat ( AS): Serena Williams memerlukan hanya satu lagi kemenangan untuk memenangi kejuaraan kedua kejohanan pra- Terbuka AS apabila melangkah ke final Siri Master Cincinnati dengan kemenangan 2- 6, 6- 2 dan 6- 4 Sabtu lepas.

Pemain nombor satu dunia yang juga pemain tuan rumah itu, memenangi kejuaraan WTA yang ke- 61 dalam kerjayanya di Stanford dua minggu lepas dan akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic dari Serbia, yang mengejutka­n juara Terbuka Perancis, Maria Sharapova dari Rusia 6-2, 5- 7 dan 7- 5.

Williams, yang bermain kejohanan ketiga berturut- turut buat kali pertama sejak lewat 2007, memperbaik­i rekod beliau tahun ini kepada 37- 6.

Beliau berkata beliau memerlukan satu set untuk mencari rentak permainan selepas permulaan hambar yang menyaksika­nnya tewas mudah pada set pertama.

“Saya bermula dengan agak perlahan tetapi saya fikir saya menilai corak permainan saya dengan baik,” kata Williams. “Saya terpaksa berhempas- pulas selepas itu.

“Beliau ( Wozniacki) membalas pukulan dengan baik dan pada set pertama, semua yang beliau lakukan menjadi.

“Saya memberikan segala- gala yang saya ada hari ini ( Sabtu),” kata beliau.

Wozniacki, yang tewas kepada Williams dalam tiga set di peringkat suku akhir kejohanan di Montreal, menang set pertama dalam masa setengah jam walaupun melakukan beberapa kesilapan berganda servis.

Tetapi Williams meningkatk­an permainan dalam set kedua, dan dibantu oleh beberapa kesilapan mudah Woz- niacki.

Set ketiga agak seimbang dengan kedua- dua pemain saling mengikat kedudukan di awal permainan tetapi Williams berjaya mendahului 4- 2 pada satu ketika sebelum hanya memberikan hanya dua mata seterusnya untuk Wozniacki sebelum menang.

“Saya tahu saya perlu melakukan pukulan balas yang lebih baik dan hari ini saya dapat melakukann­ya,” kata Williams.

Ivanovic mendahului satu set dan 5- 2 tetapi gagal mengekalka­n rentak permainan apabila mulai berasa cemas dan memberikan ruang kepada Sharapova untuk bangkit memenangi lima permainan berturut- turut.

Ivanovic mendapatka­n rawatan pada set ketiga sebelum meneruskan permainan sementara Sharapova kelihatan semakin kecewa dengan kegagalann­ya mengawal permainan di mana beliau melakukan tujuh kesilapan berganda servis pada set ketiga.

“Anda mendahului set pertama dan 5- 2 pada set kedua,” kata Ivanovic. “Tetapi saya hilang rentak. Beliau seorang juara yang hebat dan mengambil sepenuh peluang yang ada.

“Ia sangat penting un- tuk saya mengembali­kan rentak permainan saya dalam set ketiga. Ada banyak emosi menyelubun­gi diri saya dengan tetapi saya cuba bermain dengan tenang.”

Ivanovic dan Williams akan bertemu buat kali keempat musim ini dengan satu- satu kemenangan jaguh dari Serbia itu ialah di Terbuka Australia.

“Ia pastinya sukar tetapi terlebih dahulu saya perlu mengembali­kan tenaga saya,” kata Ivanovic. “Ia pastinya menarik menentang beliau dan menguji diri anda menentang pemain yang terbaik.” — AFP

 ??  ?? TINGKAT PENGETAHUA­N: Lamat (duduk empat kanan) bersama para peserta Kursus Penubuhan dan Pengendali­an Persatuan Sukan Peringkat Bahagian di Bintulu kelmarin.
TINGKAT PENGETAHUA­N: Lamat (duduk empat kanan) bersama para peserta Kursus Penubuhan dan Pengendali­an Persatuan Sukan Peringkat Bahagian di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia