Utusan Borneo (Sarawak)

Kreatif tarik golongan remaja

Penglibata­n remaja cerahkan masa depan sukan Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pesuruhjay­a Sukan Sarawak, Lamat Nyalau mahu persatuan atau badan sukan yang baharu ditubuhkan di negeri ini memainkan peranan dengan lebih kreatif dalam menarik minat golongan remaja.

Menurutnya, ia penting kerana semakin ramai penglibata­n remaja dalam sukan akan mencerahka­n masa depan Sarawak dalam bidang tersebut.

“Ini adalah cara terbaik bagi kita melahirkan lebih ramai atlet baharu di Sarawak di masa akan datang.

“Masa telah berubah dan kita perlu tampil dengan inisiatif baharu dalam menarik

“Ini adalah cara terbaik bagi kita melahirkan lebih ramai atlet

” baharu di Sarawak di masa akan datang. Lamat Nyalau Pesuruhjay­a Sukan Sarawak

minat golongan ini agar melibatkan diri dalam sukan,” katanya pada Kursus Penubuhan dan Pengendali­an Persatuan Sukan Peringkat Bahagian di Bintulu kelmarin.

Katanya, tumpuan juga harus diberikan dalam usaha menarik minat remaja agar terlibat dalam mengendali­kan persatuan dan badan sukan.

“Ini perlu dimulakan dengan segera bagi memberi masa yang cukup kepada persatuan sukan melatih selain memberi peluang kepada remaja membiasaka­n diri dalam mengurus persatuan.

“Saya amat berminat untuk melihat golongan remaja memegang jawatan penting dalam pelbagai persatuan sukan di Sarawak,” tambahnya.

Lamat bagaimanap­un menegaskan persatuan sukan perlu tampil dengan idea atau inisiatif sendiri dalam menarik minat golongan tersebut.

Beliau berkata, badan sukan perlu tampil dengan idea kreatif dalam menyampaik­an mesej kepada masyarakat mengenai kepentinga­n dan kebaikan mengamalka­n budaya hidup bersukan.

“Sukan merupakan elemen penting dalam masyarakat hari ini kerana selain dapat melahirkan individu yang sihat, ia menjadi landasan ke arah mewujudkan individu berwawasan, berdaya saing dan berjaya,” katanya.

 ??  ?? JUARA: Sabry (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Yakub sambil disaksikan tetamu lain di Kuching semalam.
JUARA: Sabry (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Yakub sambil disaksikan tetamu lain di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia