Utusan Borneo (Sarawak)

31 peserta sertai Kem Badminton Astro

-

SIBU: Seramai 31 peserta daripada 87 pemohon di seluruh negeri disenarai pendek untuk Sesi Latihan Percubaan Kem Badminton Astro di Akademi Badminton Thumb’s Up di sini.

Para pemain adalah berumur 10-12 tahun termasuk empat dari Niah, dua dari Kuching dan masing-masing seorang dari Tatau dan Sarikei manakala selebihnya dari Sibu.

Mereka diuji serta dilatih oleh empat orang jurulatih dari Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) diketuai pemain perseorang­an negara, Chan Chong Ming.

Jurucakap Astro, Saiful Islam berkata sesi latihan itu dibahagika­n kepada dua sesi iaitu pertama menguji kemahiran mereka dan kedua peserta bersaing sesama sendiri.

Beliau berkata, hanya pemain terbaik dipilih daripada sesi itu menjalani latihan intensif satu minggu untuk meningkatk­an kemahiran mereka, kecergasan dan strategi selepas peringkat akhirnya di Kuala Lumpur pada akhir bulan depan.

Menurutnya, selesai sahaja latihan intensif di Kuala Lumpur seterusnya seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini.

Akademi dinamakan sempena ketua jurulatih pasukan badminton negara China itu diketuai Tang Xianhu yang bertindak selaku pengetua dan merupakan seorang jurulatih badminton terkemuka yang melatih ramai pemain badminton masyhur negara China antaranya Lin Dan.

Akademi itu juga menjadi pusat latihan pasukan kebangsaan serta menyediaka­n salah satu struktur program latihan terbaik di dunia.

Beliau berkata, Kem Badminton Astro bermula sejak 17 Mei di Pulau Pinang diikuti di Johor, Terengganu pada Jun lalu dan terbaru di Sabah.

Lebih 1,000 kanak-kanak mengambil bahagian dalam sesi percubaan dikendalik­an oleh barisan jurulatih profesiona­l diketuai oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia iaitu Wong Choon Hann sambil dibantu oleh tiga orang bekas pemain badminton tanah air iaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.

Kem Badminton Astro dianjurkan Astro Kasih adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Kementeria­n Belia dan Sukan, BAM dan Sekolah Badminton Li Yongbo untuk memberi peluang buat bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatk­an potensi mereka dalam sukan ini daripada pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat serta penyertaan lebih ramai generasi muda.

 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Murid-murid dilatih oleh para jurulatih terlibat pada Sesi Latihan Percubaan Kem Badminton Astro di Sibu.
CUNGKIL BAKAT: Murid-murid dilatih oleh para jurulatih terlibat pada Sesi Latihan Percubaan Kem Badminton Astro di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia