Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad remaja Sarawak ikrar memberikan yang terbaik

-

KUCHING: Skuad remaja Sarawak berikrar akan memberikan yang terbaik dalam kempen Kejohanan Piala Belia Bawah 19 tahun yang akan berlangsun­g dari 19 Ogos hingga 2 September 2014 di Melaka.

Anak-anak buah Johnny Dominicus diundi dalam Kumpulan C bersama tuan rumah Melaka, Sabah, Kedah dan Kuala Lumpur.

Mereka akan memulakan saingan dengan menentang Kedah pada 20 Ogos ini di Stadium Hang Tuah, Melaka dan Sabah pada 22 Ogos di Stadium Hang Jebat.

Sarawak berdepan tugas berat pada 24 Ogos ini apabila terpaksa mengharung­i dua perlawanan menentang Kuala Lumpur (8 pagi) dan Melaka ( 4.15 petang) di Stadium MMU untuk menutup saingan peringkat kumpulan.

Jurulatihn­ya, Johnny Dominicus berkata saingan dilihat sangat mencabar lebihlebih lagi diundi bersamasam­a Melaka yang juga tuan rumah.

“Tidak dinafikan saingan sangat mencabar kerana kita diundi bersama pasukan yang cukup hebat. Apapun, skuad kita berikrar memberikan yang terbaik untuk membawa Sarawak sejauh yang mungkin pada kejohanan ini,” katanya.

Menurut Johnny, beliau percaya gabungan pemain remaja Sarawak yang sebahagian besar dipilih dari skuad Piala Presiden dan SUKMA 2014 tetap berpotensi memberi cabaran kepada lawan pasukan lain.

Skuad muda Ngap Sayot itu akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.

Undian lain menyaksika­n Perak, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Pahang dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksika­n Kelantan, MIFAMISC, Negeri Sembilan dan SSMTMI. Manakala Selangor, Perlis, PDRM dan ATM diundi dalam Kumpulan D.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia