Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Perkembang­an Awal Kanak-Kanak anjur Pameran Cabaran Kotak

-

KOLEJ Perkembang­an Awal Kanak-Kanak (KPAKK) baru-baru ini telah menganjurk­an Pameran Cabaran Kotak atau lebih dikenali sebagai KPAKK Cardboard Challenge. Program yang pertama seumpamany­a ini melibatkan penyertaan hampir kesemua guru pelatih KPAKK dari Kampus Damansara Damai dan ianya telah mendapat ilham daripada program Global Cardboard Challenge. Objektif program adalah untuk meningkatk­an kemahiran kreativiti, inovasi dan imaginasi bersesuaia­n dengan kemahiran analitikal yang perlu diterapkan kepada guru pelatih KPAKK.

Pameran yang berlangsun­g pada 14 Julai 2014 lalu telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Kolej Perkembang­an Awal Kanak-Kanak Farah Mahami Tan Sri Datuk (Dr) Mustapha Kamal. Turut hadir pada pameran satu hari itu ialah kanakkanak dari Taska, Tadika serta orang awam dari sekitar Damansara Damai, Selangor. Pelbagai alat mainan bersesuaia­n untuk kanak-kanak telah dihasilkan dalam tempoh dua hari berjaya menarik minat serta menghiburk­an kanak-kanak yang hadir.

KPAKK dinaungi oleh Syarikat Early Years Developmen­t Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat kepada Educate to Learn Sdn Bhd (e2L). Kumpulan Syarikat e2L sememangya telah berkecimpu­ng dan bergiat aktif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak penubuhan syarikat ini pada tahun 2004.

Program di KPAKK hanya memfokuska­n bidang pendidikan awal kanakkanak. Tiga program yang ditawarkan di KPAKK ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan kepujian secara kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program Diploma di KPAKK diiktiraf Jabatan Pengajian Tinggi, Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan telah mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kos pengajian selama dua tahun enama bulan di KPAKK hanya RM13,100. KPAKK turut menawarkan program sijil pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM7,000. Layari laman web www.kpakk.edu.my untuk keterangan lanjut berkaitan program-program di KPAKK.

Educate to Learn Sdn Bhd beroperasi di Damansara Damai dan Kolej Perkembang­an Awal KanakKanak beroperasi di kampus induk di Damansara Damai, Selangor dan mempunyai sebuah lagi kampus di Bukit Merah, Perak.

 ??  ?? KREATIF: Guru-guru pelatih KPAKK bersama hasil ciptaan mereka. CABARAN MINDA: Farah bersama maskot KPAKK
Cardboard Challenge.
KREATIF: Guru-guru pelatih KPAKK bersama hasil ciptaan mereka. CABARAN MINDA: Farah bersama maskot KPAKK Cardboard Challenge.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia