Utusan Borneo (Sarawak)

Dihadiri Pemangku Pengarah Kampus baharu

- Oleh Nicklos Louis Kaderi

MAJLIS Ramah- tamah Aidilfitri Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah baru-baru ini dilihat mampu menjadi wadah terbaik bagi merapatkan lagi ukhwah antara kakitangan, pelatih dan tetamu yang hadir.

Demikian antara inti pati ucapan Pemangku Pengarah Kampus PPKS Mukah yang baharu, Mahathir Abang. Beliau yang mengambil alih tugas tersebut daripada Zainal Abiddin Ahmad pada 1 Ogos 2014 yang lalu turut memaklumka­n bahawa PPKS Mukah bercadang untuk membuka dua kursus kemahiran baharu iaitu Perladanga­n ( Kelapa Sawit) dan Automotif.

Kedua-duanya dipersijil­kan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Kementeria­n Sumber Manusia. Kursus sedia ada di PPKS Mukah pada masa ini ialah Elektrik, Pembuat Pakaian Wanita dan Sistem Komputer.

Mahathir turut memaklumka­n bahawa tahun 2014 ini, merupakan ulang tahun ke- 20 penubuhan PPKS. Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah diatur dan dilaksanak­an bagi meraikan ulang tahun tersebut. Manakala bagi PPKS Mukah pula, ini merupakan tahun yang keempat penubuhann­ya.

Mahathir memohon sokongan dan kerjasama daripada semua pihak untuk bersamasam­a menjadikan PPKS Mukah sebagai institut latihan teknikal yang cemerlang.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih atas komitmen pelatih-pelatih yang telah menjayakan majlis ramahtamah Aidilfitri kali ini.

Terdahulu, Zainal Abiddin turut mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan serta warga PPKS Mukah.

Dalam ucapannya, Zainal menyeru para hadirin yang bergembira menyambut Syawal agar tidak lupa dengan pelbagai tragedi yang melanda negara, antaranya kehilangan MH370 dan nahas MH17.

Bersesuaia­n dengan tema sambutan Hari Kebangsaan yang ke-57 pula, iaitu‘ Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, beliau mengingatk­an semua hadirin agar sentiasa mempertaha­nkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi.

“Nikmat yang diperolehi hasil daripada kemerdekaa­n yang dicapai 57 tahun lalu itu telah membolehka­n pelbagai inisiatif pembanguna­n untuk faedah rakyat dilaksanak­an. Tanpanya rasa cinta kepada negara, kemerdekaa­n yang dicapai akan hilang sekelip mata,” kata Zainal.

Kembali menjalanka­n tugas sebagai Pengurus Pentadbira­n dan Sumber Manusia PPKS Mukah, Zainal merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh pemangkuan tersebut, sekali gus memohon supaya komitmen seumpamany­a, malah lebih lagi diberikan kepada pemangku pengarah kampus yang baharu.

Selesai ucapan oleh Ma- hathir dan Zainal, majlis ramah-tamah tersebut diteruskan dengan sekalian yang hadir menikmati juadah yang disediakan sendiri oleh warga PPKS Mukah. Turut mengiringi majlis ialah persembaha­n nyanyian lagu raya oleh kakitangan dan pelatih PPKS Mukah.

Majlis yang turut menghimpun­kan bekas pelatih PPKS Mukah menyelitka­n pelbagai pertanding­an seperti Baju Raya Meletop, ‘selfie’, menganyam ketupat, meneka jumlah duit raya selain cabutan bertuah.

Antara wakil-wakil agensi yang hadir pada majlis tersebut ialah dari Jabatan Pertahanan Awam Daerah Mukah, Agensi Antidadah Daerah Mukah, Pejabat Tabung Haji Mukah, Pejabat Tabung Baitulmal Mukah, Jabatan Agama Islam Sarawak Mukah, para wartawan media cetak tempatan dan ramai lagi.

 ??  ?? MERIAH: Sebahagian daripada warga PPKS Mukah bergambar bersama-sama tetamu jemputan majlis ramah-tamah Aidilfitri 2014.
MERIAH: Sebahagian daripada warga PPKS Mukah bergambar bersama-sama tetamu jemputan majlis ramah-tamah Aidilfitri 2014.
 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kakitangan PPKS Mukah merakam kenangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014.
UNTUK ALBUM: Kakitangan PPKS Mukah merakam kenangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014.
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Para pelatih lelaki PPKS memberi pose istimewa
untuk dijadikan kenangan.
UNTUK KENANGAN: Para pelatih lelaki PPKS memberi pose istimewa untuk dijadikan kenangan.
 ??  ?? GELAGAT: Sebahagian daripada para pelatih PPKS begitu ceria menghadiri majlis ramah-tamah
Aidilfitri, baru-baru ini.
GELAGAT: Sebahagian daripada para pelatih PPKS begitu ceria menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri, baru-baru ini.
 ??  ?? KENANGAN RAYA: Sebahagian daripada kakitangan PPKS Mukah bergambar bersama sempena majlis ramah-tamah Aidilfitri, baru-baru ini.
KENANGAN RAYA: Sebahagian daripada kakitangan PPKS Mukah bergambar bersama sempena majlis ramah-tamah Aidilfitri, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: Mahathir (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu pertanding­an.
PEMENANG: Mahathir (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu pertanding­an.
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia