Utusan Borneo (Sarawak)

Yazidi Sinjar mangsa kerakusan pelampau IS

-

JUNO Khalaf membawa sebahagian besar ahli keluargany­a ke sebuah kem pelarian Syria yang boleh disifatkan selamat, tetapi beliau gelisah dan bersedih apabila memikirkan nasib seorang anak lelaki dan seorang anak perempuann­ya yang terpisah semasa mereka melarikan diri dari Iraq.

Penganut fahaman Yazidi, Khalaf menyertai rakan-rakannya dalam pelarian tergesa-gesa itu setelah pelampau jihad kumpulan Negara Islam (IS) menyerang bandar asal mereka Sinjar hampir dua minggu lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu berserta isteri dan sembilan anak mereka melarikan diri ke kawasan pergununga­n utara bandar untuk menyelamat­kan diri daripada keganasan pelampau yang menganggap mereka sebagai pengikut ajaran sesat.

Para pejuang peshmerga Kurdis yang mengawal bandar tersebut ternyata tidak mampu menyaingi para pelampau terbabit yang bersenjata lengkap dan tatkala tentangan mereka semakin lemah, orang awam terpaksa melarikan diri.

“Mereka melepaskan tembakan ke arah kami ketika kami berlari menyelamat­kan diri keluar dari rumah, segalagala­nya huru-hara.

“Kami kehilangan si kecil Alifa dan anak lelaki kami Imad dalam perjalanan itu dan saya tidak tahu di mana mereka sekarang, saya tidak tahu sama ada kami akan bertemu lagi,” katanya dengan nafas tersekat-sekat sambil berusaha menahan linangan air mata.

Khalaf, isterinya dan tujuh lagi anak mereka bersembuny­i berharihar­i di pergununga­n tinggi itu ketika para pelampau menguasai kampung nenek moyang Yazidi di lembah yang terbentuk dari banjaran.

Kekurangan makanan dan air di sebalik haba menggelega­k musim panas, keluarga tersebut meredah di sepanjang cerun ke arah sempadan Syria di barat.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata Khamis lalu bahawa serangan udara AS yang telah membuka laluan bagi keluarga Khalaf dan penduduk lain untuk melepaskan diri ke arah sempadan di mana mereka disambut para pejuang Kurdis.

Namun dalam minda Khalaf, kengerian pada 3 Ogos lalu tidak akan tamat.

“Kami tiada kereta dan terpaksa berlari sehelai sepinggang ke Gunung Sinjar.

“Ada ramai orang lain yang turut berlari bersama kami,” katanya.

Kebanyakan Yazidi yang telah melarikan diri ke Syria telah merentasi Tigris kembali ke Iraq jauh ke utara untuk menyertai ratusan ribu pelarian lain yang berlindung dalam kem-kem sementara di dalam kawasan yang masih dikawal Kurdis.

Namun Khalaf dan keluarga terus tinggal di Syria, mendapatka­n perlindung­an dalam kem pelarian Newroz yang asalnya diwujudkan bagi penduduk Syria yang melarikan diri dari rumah mereka semasa perang saudara yang sudah berlarutan lebih tiga tahun.

HILANG JIWA

Sejumlah kumpulan bantuan menyalurka­n bantuan kepada pelarian terbabit dalam kerjasama dengan Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG), sebuah kumpulan pemberonta­k Kurdis yang mana para pejuangnya mengawal kawasan tersebut dan telah mengisytih­arkan pemerintah­an sendiri di tiga wilayah di utara Syria.

Hadiya Yusef, yang mengetuai pentadbira­n Kurdis di wilayah itu, tidak syak lagi bahawa para pejuang Kurdis Syria yang telah menyelamat­kan rakan sebangsa yang berfahaman Yazidi.

“YPG membuka barisan hadapan menentang IS dari bahagian Syria di sempadan dan kehilangan lapan pejuang sebelum ia dapat menjamin laluan keluar bagi para Yazidi.

“Semua orang dari kampungkam­pung di sekitar ini digerakkan bagi membawa mereka

yang berjaya tiba turun ke kaki gunung dan dibawa ke tempat yang selamat,” tambah beliau.

Kem tersebut menyediaka­n keselamata­n bagi saki-baki keluargany­a tetapi Khalaf masih kelihatan keliru dan kesal.

Beliau tidak tahu sama ada anak lelakinya yang berusia 18 tahun itu dan anak perempuann­ya yang berusia 10 tahun hidup atau mati dan tidak tahu di mana hendak mulai mencari mereka.

Isterinya Khonaf pula terpaksa meninggalk­an ibunya yang buta. “Ibu tidak mungkin dapat menempuhi perjalanan ini,” katanya sambil mengendong bayinya yang menangis.

Dia menunjukka­n pipi anaknya Rania, 4, yang kelihatan lebam.

“Dia dilanggar kereta yang memecut melintasi kami ketika kami semua cuba menyelamat­kan diri. “Mujurlah dia selamat,” katanya.

Gadis kecil berbaju gaun hijau terang tanpa alas kaki itu berkata, dia berjalan selama tujuh jam dari kampungnya ke pergununga­n tinggi itu tanpa bantuan.

“Saya ketakutan, saya tidak tahu di mana abang dan kakak berada, saya mahu pulang,” katanya lanjut.

Ditanya sama ada beliau percaya mereka akan dapat kembali semula ke Sinjar, Khalaf berkata: “Saya mungkin berada di tempat yang selamat sekarang, tetapi saya kehilangan jiwa saya dalam pelarian ini.”

“Tolonglah, sesiapa sahaja, tolong kami.”

IHSAN TURKI

Sementara itu, Turki turut menyediaka­n tempat perlindung­an bagi kira-kira 2,000 anggota komuniti Yazidi Iraq yang telah melarikan diri.

Kebanyakan penduduk Yazidi ini ditempatka­n dalam khemah di kem pelarian Sinopi, utara sempadan Iraq di wilayah tenggara Turki Sirnak.

Mereka diberikan makanan tiga kali sehari dan menjalani saringan kesihatan secara kerap, menurut jurugambar AFP yang melawat kem tersebut.

Permaidani menjadi alas khemahkhem­ah luas di mana pelarian menghabisk­an masa bermain dengan anakanak, memasak atau membaca.

Namun kebanyakan daripada mereka telah kehilangan ahli keluarga atau terpaksa meninggalk­an anak-anak mereka kerana tidak memiliki passport.

Pihak berkuasa Turki hanya menerima pelarian dari Iraq yang memiliki pasport, sekali gus polisi tersebut menyebabka­n sesetengah keluarga terpaksa berpisah.

Para pegawai dari agensi pengurusan bencana Turki AFAD memberitah­u, ketika ini terdapat kira-kria 1,600 penduduk Yazidi berlindung di Silopi di mana mereka ditempatka­n dalam kem dan bangunan yang baharu siap yang sebenarnya disediakan

untuk mangsa gempa bumi.

“Satu-satunya negara yang membuka pintunya kepada para Yazidi adalah Turki,” Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberitah­u anggota partinya di Ankara, Khamis lalu. Turki turut merancang untuk membina kem yang lebih besar bagi menempatka­n sekitar 16,000 Yazidi dan pelarian lain dari bandar Zakho di Iraq, hanya beberapa kilometer dari sempadan Turki, kata pegawai.

Timbalan Perdana Menteri Besir Atalay berkata, Turki masih mengusahak­an cara menerima lebih ramai pelarian dari IRaq.

Para Yazidi melarikan diri daripada pelampau yang mengecam mereka sebagai ‘penyembah syaitan’, satu terma yang ditolak dengan marah oleh para Yazidi sendiri.

Ketika ini Turki turut menempatka­n 1.2 juta pelarian Syria yang telah melarikan diri daripada perang sudara kejam di neagra mereka sendiri di mana IS turut bergerak aktif. Ramai tinggal dalam kem di sepanjang sempadan bergolak,

selain

tersebar di seluruh negara termasuk di Istanbul, namun kehadiran mereka meningkatk­an ketegangan sosial. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PELARIAN: Para
perempuan Yazidi berbaris untuk men
dapatkan makanan di kem Bajid
Kandala.
— Gambar AFP PELARIAN: Para perempuan Yazidi berbaris untuk men dapatkan makanan di kem Bajid Kandala.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HILANG TEMPAT BEREDUH: Seorang ibu Yazidi membawa anaknya duduk di Kem Bajid Kandala.
— Gambar AFP HILANG TEMPAT BEREDUH: Seorang ibu Yazidi membawa anaknya duduk di Kem Bajid Kandala.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia