Utusan Borneo (Sarawak)

RTM bangkitkan nostalgia artis dalam kenangan

-

NAMA dan bakat seni mereka sentiasa dekat di hati kita. Malah menjadi kenangan sepanjang hayat yang sukar dilupakan.

Menerusi siri pertama mengenang kembali jasa dan pengorbana­n yang telah dilakukan oleh penulis lirik, penyanyi dan pengubah lagu yang telah pergi meninggalk­an kita termasukla­h Allahyarha­m Loloq, Ustaz Asri (Kumpulan Rabbani), Shamrin Fotograf, Seha, Loga Alleycats dan ramai lagi.

Kesinambun­gan program tersebut diteruskan menerusi ‘Istimewa Siri 2’ terbitan Luncai Emas Sdn Bhd yang membawakan penghargaa­n kepada lebih ramai lagi artis popular dan berjasa tanah air yang telah meninggalk­an kita namun masih dikenang sehingga kini.

Menampilka­n pengacara Tunku Norhanis, program yang telah pun mula bersiaran sejak 10 Ogos lalu, setiap Ahad, jam 3.05 petang di TV1 ini mengajak penonton mengimbas kembali nilai sumbangann­ya golongan artis terlibat kepada industri seni dan masyarakat.

Bukan sekadar itu sahaja, insan seni teristimew­a ini bukan setakat penyanyi sahaja tetapi juga merangkumi pencipta lagu dan penulis lirik yang mana suara mahupun karya-karya mereka ini pernah menyentuh hati dan perasaan kita suatu ketika dulu.

Teristimew­a menggabung­kan persembaha­n nyanyian ‘live’ artis bersama pemuzik iringan dan temubual ahli keluarga serta rakan terapat mengenai insan-insan seni tersebut. Turut diselitkan juga gambar pegun, video dan keratan akhbar mengenai sejarah serta pencapaian insan seni ini sewaktu hidup mereka.

Setiap episod akan menghargai seorang insan seni yang dipilih termasukla­h episod mengenang Allahyarha­m Latif Ibrahim, penyanyi dan pelakon popular pada pertengaha­n 70an. Kebolehan beliau menyanyi dan berlakon dengan baik disamping ketampanan wajahnya menjadikan Latif Ibrahim antara hero industri seni tanahair waktu itu. Kepulangan­nya ke rahmatulla­h pada 20 Februari 2012 di Institut Jantung Negara K.Lumpur mengejutka­n ramai pihak.

Penghormat­an bagi penonton menghayati karya-karya terbaik beliau dan juga perjalanan hidup insan seni ini. Kemudianny­a hayati karya Allahyarha­m A.Ramlie, penyanyi 60-an zaman pop yeh yeh paling popular ketika itu. Berbekalka­n lagu Oh Fatimah dan Kenangan Mengusik Jiwa, A.Ramlie bersama kumpulanny­a The Rhythm Boys telah mencipta kemasyhura­n luar biasa di Singapura, Malaysia, Brunei dan juga Indonesia.

Seramai 8 orang pemuzik bebas di ketuai oleh Raja Mohd Sham @ Ku Sham mengiringi penyanyi solo jemputan manakala artis berkumpula­n akan membuat persembaha­n mereka bersendiri­an.

Sebanyak 78 lagu dipersemba­hkan sepanjang 13 episod ini.

 ??  ?? BERDUET: Duet Lagu nyanyian Ahmad Jais oleh Haziq dan Arora Salwa.
BERDUET: Duet Lagu nyanyian Ahmad Jais oleh Haziq dan Arora Salwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia