Utusan Borneo (Sarawak)

The Nine Lives Of Chloe King

Drama bersiri Inggeris terbaharu di TV2

-

CHLOE King seorang gadis yang sedang menjalani fasa kehidupan remajanya yang menyeronok­kan tibatiba merasakan dirinya memiliki kemampuan luar biasa dan dia dikejar oleh seseorang yang dianggap misteri.

Kemudian dia dapat tahu yang dia diburu oleh asassin untuk milennia. Dia sebenarnya daripada keturunan Basset yang dipanggil Mai dan mempunyai kuasa luar biasa.

Plot kisah menarik ini melatari drama bersiri Inggeris terbaharu disiarkan radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘The Nine Lives Of Chloe King’ mulai malam ini (18 Ogos), setiap Isnin, jam 12.30 tengah malam di TV2 yang turut mengetenga­hkan pelakon utama seperti Skyler Samuels, Grace Phipps dan Ki Hong Lee.

Sama-sama berkongsi jalan cerita kisah watak utama iaitu Chloe King yang harus mati. Manamana manusia biasa yang berada dalam keadaan dirinya pastinya berdepan dengan kesukaran yang nyata. Apatah lagi bagi Chloe yang baru sahaja mencecah usia enam belas tahun. Dia mendapati dia tidak seperti orang lain dan memiliki kemampuan yang luar biasa.

Chloe adalah Mai - satu bangsa makhluk dengan kuasa kucing seperti: kelajuan, ketangkasa­n dan miliki kuku yang tajam. Sebagai seorang pelajar sekolah tinggi menjadikan­nya kehidupann­ya cukup rumit. Hidup sebagai makhluk Mai menyebabka­nnya dirinya berdepan dengan masalah baru yang terpaksa didepaniny­a setiap waktu.

Chloe diberikan tanggungja­wab untuk melindungi kedua-dua Mai dan bangsa manusia. Sebuah organisasi rahsia mahu jadikan dia dibunuh - sembilan kali jika perlu. Dan ciuman yang mudah mempunyai kesan yang boleh membawa maut; begitu banyak kali untuk jatuh cinta. Siri ini bakal membawa penonton menghayati perjalanan hidup gadis istimewa ini hanya di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia