Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta bendung tindakan individu hina agama dan bangsa

-

BELURAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee meminta kerajaan membendung individu yang menghina agama dan bangsa yang semakin menular di media sosial.

Menurut beliau, tindakan undang-udang segera perlu diambil terhadap individu terbabit bagi menangani perbuatan menghina agama dan bangsa yang boleh memecahkan perpaduan rakyat negara ini.

“Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu terus mengamalka­n sikap hormat- menghormat­i dan toleransi yang tinggi.

“Amalan itu perlu dikekalkan kerana ia merupakan simbol utama negara dan menjadi contoh kepada negara lain,” katanya dalam Program Bersama Rakyat di Kampung Pulau Keniogan dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, Ketua Pemuda UMNO Beluran Samad Jambri dan Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung Keniogan Datuk Madlis Aziz.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, usaha mengekalka­n Malaysia agar terus aman dan damai memerlukan komitmen yang tinggi daripada segenap lapisan rakyat.

Katanya, rakyat perlu bijak dalam menggunaka­n perkembang­an teknologi dan maklumat dengan tidak menyalahgu­nakannya untuk unsur negatif selain perlu bijak menapis maklumat.

Beliau berkata, nilai perpaduan juga penting untuk memastikan negara berada dalam landasan maju seiring suasana aman damai.

“Kita tidak mahu mewujudkan perpaduan yang berpura-pura kerana perpaduan sejati menjadi kunci utama kepada negara maju,” katanya.

Ronald berkata, rakyat Sabah telah mendahului dalam aspek perpaduan di negara ini dengan rakyatnya yang terdiri daripada kirakira 38 kaum dan mampu hidup dalam satu perpaduan yang mantap.

 ??  ?? Ronald bersalaman dengan anggota RELA ketika tiba di Kampung Pulau Keniogan untuk menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat.
Ronald bersalaman dengan anggota RELA ketika tiba di Kampung Pulau Keniogan untuk menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia