Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Sabah berbeza dengan di Semenanjun­g

Ahli-ahlinya pelbagai latar belakang dan berbeza agama

-

KOTA BELUD: UMNO Sabah hanya boleh diurus oleh pemimpin yang berjiwa Sabah kerana ia mempunyai keunikan tersendiri serta tidak sama dengan UMNO di negeri lain, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak (gambar).

Beliau berkata, UMNO Sabah mempunyai sejarah yang berbeza, manakala suasana dan isu di negeri ini tidak sama dengan di Semenanjun­g.

Namun katanya, dengan dokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti yang sentiasa memahami aspirasi dan kehendak orang Sabah, UMNO Sabah diyakini mampu terus bertahan dan kekal relevan sepanjang zaman.

“UMNO Sabah tidak boleh disamakan dengan UMNO di negeri lain. Di sini, bukan semua ahli UMNO beragama Islam sebagaiman­a di Semenanjun­g. Ada ahli UMNO pergi ke gereja (Kristian), ada yang tidak beragama (pagan), sambut Krismas dan ‘Aramai tih’, tapi semua mereka tetap bersatu padu dan saling menghormat­i, malah boleh makan dan duduk semeja pada majlis-majlis keramaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kota Belud dan Jamuan Hari Raya Wakil-wakil Rakyat dan UMNO Kota Belud, di sini kelmarin.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman merasmikan majlis berkenaan.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, UMNO menjadi wadah baharu Bumiputera di negeri ini dan telah membawa banyak perubahan sosiopolit­ik serta dimensi pembanguna­n.

“Yang penting pemimpinpe­mimpin UMNO Sabah di semua peringkat senantiasa bermuafaka­t, tidak berpuakpua­k, tidak mengamalka­n budaya tikam dari belakang ataupun bermain politik talam dua muka ‘di depan cakap manis, di belakang cakap asam’, sebaliknya mendahuluk­an organisasi dan perjuangan yang berteraska­n kesetiaan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud turut mengumpama­kan perjuangan politik umpama gerabak kereta api dengan hanya sebuah kepala di hadapan.

“Kota Belud mendokong prinsip ‘berketua satu’, sejak dahulu hingga sekarang. Inilah kunci kekuatanny­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia