Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pertanian jana ekonomi lumayan: Musa

-

TUARAN: Rakyat di Sabah perlu mengambil peluang untuk menjana ekonomi lumayan dalam sektor pertanian.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, peluang mengusahak­an tanah perlu dimanfaatk­an agar mendatangk­an hasil lebih-lebih lagi Sabah yang mempunyai tanah yang luas dan subur.

“Kita mahu rakyat sedar akan bertapa pentingnya pertanian... kita yakin dengan adanya penemuan-penemuan serta kaedah yang baharu sudah tentu memberikan hasil pendapatan yang lebih tinggi kepada petani.

“Ini satu peluang yang baik yang boleh dipasarkan sesuai dengan moto ‘ pertanian adalah perniagaan’ yang dilihat mampu menjana kekayaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis perasmian ‘Road to Maha Sabah’, di tapak berhampira­n Dewan Sri Sulaman Tuaran kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya Musa berkata, kerajaan negeri juga telah menjadikan sektor pertanian sebagai sektor teras dalam hala tuju negeri selain sektor pembuatan dan pelanconga­n bagi memacu pembanguna­n negeri.

Untuk itu katanya, kerajaan akan sentiasa menyokong pembanguna­n sektor pertanian melalui penggunaan teknologi dan inovasi bagi meningkatk­an daya saing dan sumbangan pendapatan kepada negeri, pengeluar dan usahawan dalam sektor pertanian dan makanan.

“Justeru, saya ingin mengajak semua pihak untuk terus memberikan kerjasama dengan kerajaan dalam sektor pertanian.

“Saya yakin, sekiranya semua pihak memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam membangunk­an pertanian menjadi industri komersial dan moden, kita akan menjadikan pertanian sebagai salah satu penyumbang penting dalam merealisas­ikan hasrat mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an skim bantuan dan insentif tanaman padi oleh kerajaan pusat kepada Pertubuhan Peladang kawasan Tuaran berjumlah RM1,465,641.42 yang melibatkan 5,193 pesawah dengan keluasan 6593.12 hektar.

Hadir sama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Noor dan tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? LUMAYAN: Musa (tengah) mengunjung­i salah satu gerai di tapak ‘Road to Maha’ di Tuaran kelmarin.
LUMAYAN: Musa (tengah) mengunjung­i salah satu gerai di tapak ‘Road to Maha’ di Tuaran kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia