Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi KRT diminta sentiasa ikhlas bangunkan kawasan

-

PUTATAN: Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini diingatkan agar sentiasa ikhlas, amanah dan bertanggun­gjawab dalam membangunk­an kawasan masing-masing.

Kerajaan memberikan peluang dan ruang untuk mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang baik sama ada di kampung, kawasan perumahan mahupun di mana sahaja.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid, berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jalur Gemilang dan Sambutan Aidilfitri Peringkat Zon Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Rakan Muda, Kompleks Belia dan Sukan, Putatan dekat sini kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Delin Diet Blaun, Timbalan Pengarah JPNIN Esther Dingkawan, Ketua Balai Polis Putatan SM Mohd Isa Kamsah, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutua­n, Pengerusi KRT Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar.

Jainab memberikan nasihat dan peringatan berguna untuk pengerusi-pengerusi KRT agar bergiat aktif dan memberikan 100 peratus komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada KRT masing-masing.

“Kerjasama yang baik antara pengerusi dan ahli jawatankua­sanya adalah kunci perpaduan sesebuah kawasan, jadi saya mengharapk­an kerjasama daripada semua pihak membantu mewujudkan perpaduan, bersepadu dalam gerak kerja dan sentiasa berfikir yang terbaik untuk memajukan KRT,” kata Jainab.

Jainab juga menggesa agar KRT di negeri ini mewujudkan Bomba Sukarelawa­n untuk membantu sekiranya berlaku kebakaran.

Jainab menyaranka­n kepada pengerusi KRT agar aktif membantu ahli-ahli yang mempun- yai perniagaan agar mempromosi­kan perniagaan mereka sekiranya pelancong tempatan dan luar negara datang.

“Kita harus berfikir sejauh mungkin untuk membangunk­an rakyat dan negeri kita, dengan adanya medium ini akan membantu membangunk­an rakyat di KRT masing-masing,” jelas Jainab.

Sebanyak 87 KRT daripada Zon Bandaraya iaitu Kota Kinabalu, Papar, Putatan dan Penampang menerima Jalur Gemilang daripada JPNIN.

 ??  ?? RAI AIDILFITRI: Jainab memotong kek sebagai simbolik sambutan Aidilfitri di Putatan kelmarin.
RAI AIDILFITRI: Jainab memotong kek sebagai simbolik sambutan Aidilfitri di Putatan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia