Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota UMNO perlu terus berusaha menangi hati rakyat

-

KENINGAU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatk­an anggota parti supaya terus berusaha memenangi hati rakyat dan tidak mengambil mudah pergolakan yang melanda parti pembangkan­g.

“Kita perlu memastikan matlamat parti dapat dijayakan. Jangan parti lawan lemah, kita tidur lena dan tidak bekerja.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata perkembang­an politik yang berlaku pada masa ini perlu dijadikan sebagai pendorong semangat kepada anggota parti untuk terus mengukuhka­n UMNO.

UMNO tidak bergantung atas kelemahan parti lawan sebaliknya anggota parti perlu terus berusaha untuk berkhidmat dan memenangi hati rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di Dewan Masyarakat Keningau di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yasin dan Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno.

Mohd Shafie berkata kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang diukur melalui usaha menyelesai­kan dan mengurangk­an bebanan rakyat di peringkat akar umbi.

Pemimpin parti harus mendekati rakyat dan sentiasa bersemanga­t untuk berkhidmat kepada rakyat bagi meningkatk­an kekuatan parti itu, katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunaka­n media sosial untuk menghasut rakyat ketika negara dalam suasana sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-57.

Beliau berkata langkah drastik harus dilakukan bagi mengelakka­n pemikiran rakyat terutama generasi muda terus diracuni dengan pelbagai perkara yang tidak benar.

Di majlis itu, beliau turut mengumumka­n pembinaan 90 rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Pensiangan, Keningau dan Tenom selain pembinaan sebuah Pusat GIATMARA di Pensiangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia