Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan pendidik perlu tingkat daya kreativiti dan inovasi: Ramlee

-

SEMPORNA: Golongan pendidik di negeri ini perlu meningkatk­an keupayaan kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marhaban berkata keupayaan para guru menguasai bidang berkenaan akan membantu memudahkan tugas untuk mendidik para pelajar.

“Bersesuaia­n dengan tema ‘ Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi’, golongan pendidik perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berusaha menambah ilmu- ilmu baharu,” katanya.

Usaha sedemikian akan mencetuska­n perubahan malah mampu menjadikan seseorang guru lebih kreatif dan inovatif selain mendorong penjanaan idea, katanya semasa berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru dan penyamapai­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 184 penerima bagi peringkat daerah Semporna 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II, Semporna di sini, malam kelmarin.

Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata, untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.

“Oleh itu golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikas­i dalam menjalanka­n peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara,” katanya.

Di majlis itu, Ramlee menyampaik­an anugerah kepada Ispal Bakal dan Abdul Malik Abd Rahman yang dipilih sebagai tokoh guru. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia