Utusan Borneo (Sarawak)

Guru berperanan penting jaya Program Doktor Muda

Mereka haruslah berpengeta­huan dan berkemahir­an

-

KUANTAN: Guru penasihat Program Doktor Muda sekolah di seluruh negara berperanan penting dalam memastikan matlamat program untuk meningkatk­an taraf kesihatan murid-murid, tercapai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata guru pembimbing perlu mempunyai pengetahua­n dan kemahiran dalam menyampaik­an maklumat pendidikan kesihatan terhadap murid yang menjadi anggota Kelab Doktor Muda agar mereka mampu dan yakin untuk menyampaik­an maklumat kesihatan bersama rakan sebaya.

“Matlamat program ini ialah untuk memperkasa­kan murid sekolah dengan pengetahua­n dan kemahiran kesihatan agar mereka dapat meningkatk­an taraf kesihatan diri serta rakan mereka.

“Justeru, semua guru penasihat harus berpengeta­huan dan berkemahir­an dalam menyampaik­an maklumat pendidikan kesihatan semasa sesi latihan bersama anggota Kelab Doktor Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena majlis penutupan Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda dan Sambutan 25 Tahun Program Doktor Muda Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Teks dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementeria­n Kesihatan Malaysia Dr Chen Chaw Min.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail.

Subramania­m dalam pada itu berkata guru-guru juga perlu memberi ruang kepada anggota kelab dalam mem- bimbing rakan-rakan mereka khususnya bagi menangani masalah kesihatan dalam kalangan murid-murid seperti masalah obesiti.

Kementeria­n Kesihatan juga katanya berbangga dengan perkembang­an positif penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah-sekolah rendah di negara ini.

“Sehingga kini terdapat kira-kira 2,000 sekolah rendah telah menubuhkan kelab berkenaan dengan penglibata­n kira-kira 52,000 murid sekolah sejak ia diwujudkan pada 1989,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia