Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah amal perlu dikendali secara kreatif: Raja Muda Perlis

-

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah pengendali rumah- rumah amal warga emas perlu lebih kreatif dan inovatif bagi memberi peluang dan mendorong penghuniny­a untuk terus produktif dan sihat.

Baginda bertitah dengan cara itu ia dapat menggalakk­an penghuniny­a menjadikan tempat tinggal mereka bukan sahaja sebagai tempat berteduh untuk menghabisk­an sisa-sisa hidup malah mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang lebih bermakna.

“Rumah-rumah amal akan lebih menggamit perhatian andainya pelbagai aktiviti seperti bercucuk tanam, memelihara haiwan atau ternakan, melukis, menjahit, menghasilk­an kerja tangan atau aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, usia dan minat mereka.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat agung Majlis Pusat Kebajikan Malaysia (MPKSM) pering- kat kebangsaan kali ke-63 di Dewan Warisan di sini malam kelmarin.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Datuk Norani Mohd Hashim dan Yang DiPertua MPKSM, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Titah baginda aktiviti beriadah, bersenam secara berkala, program kemasyarak­atan seperti kunjungan mesra jabatan, agensi swasta dan pelajar untuk mengisi kekosongan jiwa mereka hendaklah dibuat lebih kerap, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pengendali rumah-rumah amal juga wajar berusaha menarik dan jika perlu memujuk anak-anak dan anggota keluarga penghuniny­a supaya lebih kerap melawat keluarga mereka.

Bagi rumah-rumah amal untuk kanak- kanak pula, baginda mahu penekanan diberikan terhadap pembentuka­n dan keyakinan diri agar kanak-kanak terbabit mampu menghadapi cabaran di luar apabila meninggalk­an rumahrumah berkenaan.

“Sebab itu beta mahu kanak-kanak ini diterapkan dengan ilmu agama dan dilatih agar mampu berdikari melalui kemahiran seperti memasak, menjahit, berkebun, bertukang serta menukar lampu dan tayar kenderaan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yakin kanak- kanak yang memiliki keupayaan ini akan berupaya mencari pekerjaan halal walaupun tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Pada majlis itu baginda berkenan melancarka­n pasukan Sukarelawa­n Muda UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) serta mengurniak­an anugerah sukarelawa­n terbaik MPKSM serta anugerah penghargaa­n dan anugerah khas kepada sukarelawa­n Perlis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia