Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sertai latihan ketenteraa­n bagi pengurusan bencana di Nepal

-

KATHMANDU: Satu interaksi dan latihan tentera pelbagai negara mengenai pengurusan bencana sedang berlangsun­g di Nepal, yang turut disertai pegawai tinggi tentera dari 21 negara Asia dan Pasifik, termasuk Malaysia.

Latihan dan interaksi 12 hari ini, yang merupakan bengkel tahunan di bawah Program Komunikasi Saling Kendali Pelbagai Negara (MCIP), bermula di sini pada 11 Ogos dan akan berakhir pada 22 Ogos.

Sebanyak 287 pegawai dari 21 negara Asia-Pasifik, termasuk 181 daripada angkatan tentera; 66 wakil industri, ahli akademik dan anggota komuniti kemanusiaa­n antarabang­sa; dan 40 pegawai Tentera Darat Nepal, menyertain­ya, kata kenyataan yang dikeluarka­n Tentera Darat Nepal.

Pegawai tentera dari Malaysia, Nepal, Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Maldives, New Zealand, Tonga, Amerika Syarikat, Singapura, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam menyertain­ya.

Tentera Darat Nepal dan Markas Pasifik Amerika menjadi tuan rumah program bengkel dan latihan ini yang dikenali sebagai Pacific Endeavour 2014 (PE14).

“Latihan merangkap bengkel ini bertujuan mewujudkan prosedur operasi komunikasi bersama bagi membolehka­n angkatan tentera di rantau Asia Pasifik bekerjasam­a apabila berlaku sesuatu bencana besar.

“Fokus bengkel ini juga adalah untuk menguji kecekapand­ankeberkes­ananpelbag­ai kemampuan komunikasi ketenteraa­n serta mewujudkan satu tahap keserasian ketika menjalanka­n operasi bantuan kemanusiaa­n dan bencana dalam pelbagai keadaan,” kata Brigadier Pokhrel.

MCIP, yang diadakan setiap tahun, turut mengandung­i satu siri bengkel staf, yang diakhir dengan latihan bersama, kata kenyataan itu.

Tiga latihan sebelum ini diadakan di New Zealand, Jepun dan Malaysia.

Pacific Endeavor, yang mula diadakan pada 2004, memberi fokus terhadap usaha mewujudkan aturan sistem komunikasi saling kendali yang cekap dan berkesan dalam menjalanka­n operasi bantuan bencana secara bersama, kata Tentera Darat Nepal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia