Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA bakal wujud konsortium koperasi kariah masjid

-

BENTONG: Sebuah konsortium koperasi kariah masjid akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengukuhka­n perniagaan serta ekonomi koperasi kariah masjid.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata penubuhany­a telah diluluskan jawatankua­sa bahagian perkhidmat­an syariah ANGKASA yang bermesyuar­at baru-baru ini.

Beliau berkata dengan penubuhan konsortium tersebut, koperasi kariah masjid akan bersatu di bawah satu payung serta dapat menjalanka­n perniagaan dengan lebih baik dan terjamin.

“Penubuhan koperasi secara tidak langsung dapat mengelakka­n koperasi daripada bersaing sesama sendiri selain memastikan produk keluaran koperasi mendapat pasaran luar dan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi kariah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Beliau berharap dengan penubuhan konsortium tersebut, kerajaan dapat meluluskan lebih banyak permit perniagaan termasuk permit import (AP) kepada konsortium terbabit.

Abdul Fattah berkata dengan adanya AP, ia boleh menjamin pendapatan koperasi sekali gus meluaskan kegiatan pemasaran dalam dan luar negara termasuk mengimport daging sejuk beku dan ternakan pada musim perayaan.

Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi tersebut, beliau memberitah­u sebanyak 6,500 buah masjid dan surau dikenali pasti layak menubuhkan koperasi.

Daripada bilangan itu, hampir 300 buah masjid dan surau telah menubuhkan koperasi dengan lebih 1,000 anggota, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia