Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Rimula rai tahun cemerlang bersama lebih 450 pelanggan setia

-

SIBU: Shell Rimula meraikan satu lagi tahun cemerlang sebagai minyak enjin diesel tugasan berat paling laris di Malaysia bersama lebih 450 pelanggan setia dari seluruh negara pada satu majlis makan malam penghargaa­n khas di Kingwood Hotel di sini, malam kelmarin.

Acara bertema ‘Night of Heavyweigh­ts’ ini diadakan sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan dari semua sektor, daripada logistik dan pembalakan kepada pertanian dan pembinaan, yang telah memainkan peranan untuk menjadikan Shell Rimula jenama minyak enjin diesel tugasan berat pilihan utama di negara ini.

Pada acara tersebut, Shell Rimula telah menyampaik­an hadiah secara rasmi kepada enam pemenang Hadiah Utama Peraduan Promosi Global Shell Rimula 2014, yang akan mengikuti lawatan VIP dengan perbelanja­an ditanggung sepenuhnya ke London pada bulan September.

Di London, enam pemenang bertuah ini iaitu Chan Meng Fei, 29, dari Alor Setar; Khoo Teik Seng, 39, dari Pulau Pinang; Liau Chia Chin, 40, dari Miri; Loh Yew Sing, 53, dari Sandakan; Tan Chin Purn, 27, dari Miri; dan Tang Chung Lay, 47, dari Sibu, juga akan mewakili Malaysia di Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula yang diadakan buat julung kalinya.

Mereka merupakan antara peserta akhir global dari 12 negara yang akan menguji kemahiran memandu kenderaan berat masing-masing. Peserta perlu memandu pelbagai kenderaan berat untuk menempuh satu siri halangan pada Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang akan menentukan juara keseluruha­n.

Peraduan promosi global Shell Rimula 2014 telah diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan terbuka kepada semua pelanggan yang membeli tong atau baldi minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R4 X, R5 LE atau R6 LM.

Menurut Pengurus Besar Kelompok Shell Lubricants Asia Tenggara, Troy Chapman, jenama Shell Rimula sekali lagi mencatatka­n kejayaan besar tahun ini dalam usahanya mengukuhka­n kedudukan sebagai pemimpin pasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

“Di Shell, kami menghargai setiap peluang untuk berinterak­si dengan pelanggan dan memahami keperluan perniagaan mereka. Kami percaya kami telah berjaya mendekati ramai pemandu trak yang bekerja keras menerusi pameran bergerak Makmal Teknologi Shell Rimula kami yang unik dan juga promosi global kami yang semakin popular dan diadakan buat tahun ketiga.

“Hadiah tahun ini berupa lawatan VIP ke London dan pengalaman unik menyertai Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula telah menarik sebanyak 69,000 penyertaan, satu angka rekod,” katanya.

Semasa berucap pada acara tersebut, Pengurus Jenama Global Shell Rimula, Seow Lee Ming, berkata Shell terus memanfaatk­an kepimpinan teknologi untuk menghasilk­an produk dan perkhidmat­an yang boleh membantu pengendali kenderaan, pengguna peralatan berat dan pemandu trak meningkatk­an prestasi, menambah kecekapan dan mengurangk­an penggunaan bahan api.

“Shell Rimula berhasrat menjadi pakar yang dipercayai dan rakan kepada pemandu trak yang bekerja keras dan pengendali kenderaan yang mahukan hanya yang terbaik untuk perniagaan mereka. Kami berbangga untuk menyatakan bahawa Shell Rimula ialah minyak enjin yang bekerja keras seperti anda.

“Di Shell kami turut membezakan diri daripada pesaing sebagai penyedia penyelesai­an minyak pelincir mutlak bagi pengendali angkatan kender- aan. Kami mempunyai penyelesai­an produk dan perniagaan yang terkhusus dinamakan ‘Driveline’, dengan portfolio lengkap produk yang canggih dari segi teknologi untuk melindungi setiap komponen tali pacuan daripada kehausan, asid dan enapan.

Produk tersebut termasuk minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula; minyak transmisi, gandar dan gear Shell Spirax; dan gris Shell Gadus,” ujarnya.

Shell Rimula komited terhadap penyelidik­an dan pembanguna­n, dengan membuat pelaburan besar untuk memastikan minyak enjin tugas beratnya diuji dalam kenderaan paling berat dan keadaan pemanduan paling sukar.

Hasil penyelidik­an inilah yang kemudianny­a diguna pakai demi manfaat pelanggan Shell Rimula untuk menawarkan produk minyak pelincir paling canggih di dunia untuk semua kenderaan berat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Shell Malaysia Singapura Leslie Ng, Pengurus Pemasaran Minyak Pelincir Shell Alex Lim serta yang lain.

 ??  ?? MENANG: Troy (dua kanan) dan Seow (dua kiri) bersama pemenang Peraduan Promosi Global Shell Rimula 2014. Turut kelihatan ialah Alex Lim (kiri) dan Leslie Ng (kanan).
MENANG: Troy (dua kanan) dan Seow (dua kiri) bersama pemenang Peraduan Promosi Global Shell Rimula 2014. Turut kelihatan ialah Alex Lim (kiri) dan Leslie Ng (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia