Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan koperasi di Malaysia memberangs­angkan: Hasan

Jumlah meningkat kepada 10,914, anggota 7.61 juta orang

-

KUALA PILAH: Perkembang­an gerakan koperasi di negara ini sejak empat tahun ini amat memberangs­angkan, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hasan Malek.

Katanya, terdapat sebanyak 8,146 koperasi di seluruh negara pada tahun 2010 dan sehingga akhir 2013, jumlahnya meningkat kepada 10,914 dengan jumlah keanggotaa­n sebanyak 7.61 juta.

Pertambaha­n bilangan koperasi sejak akhir-akhir ini menunjukka­n keyakinan begitu tinggi rakyat Malaysia terhadap gerakan koperasi di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program khidmat masyarakat Maktab Koperasi Malaysia di Kampung Gemencheh Ulu, Johol dekat sini, semalam.

Menurut Hasan, aset koperasi kini bernilai RM107.90 bilion manakala perolehan berjumlah sebanyak RM32.97 bilion.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata ini menunjukka­n gerakan koperasi merupakan satu aset negara yang besar dan perlu dijaga daripada segi integriti bagi mengekalka­n keyakinan rakyat.

“Saya melihat gerakan koperasi dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) yang disasarkan sebanyak RM50 bilion pada 2020 dan menjadi salah satu tonggak pembanguna­n sosioekono­mi negara,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru pemimpin koperasi agar menjadi ejen pemangkin dalam menjadikan gerakan koperasi di Malaysia sebagai koperasi yang maju dan berjaya.

Katanya Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediaka­n pelan tindakan untuk membangunk­an sektor koperasi melalui Dasar Koperasi Negara 2011-2020 dengan memberi penekanan kepada lima sektor ekonomi iaitu kewangan; pemboronga­n dan peruncitan; pelanconga­n; penjagaan diri dan kesihatan; pertanian dan industri asas tani dan perladanga­n.

Sementara itu, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan merasmikan Hari Koperasi Negara 2014 di Stadium Mini Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 23 Ogos ini.

Hari Koperasi Negara 2014 bertemakan ‘Memperkuku­hkan Koperasi, Memperkasa­kan Ekonomi’, akan berlangsun­g tiga hari mulai 22 Ogos dan ia bertujuan menampilka­n kejayaan beberapa koperasi d seluruh negara.

Katanya, bagi memeriahka­n lagi sambutan kali ini, beberapa pertubuhan koperasi luar negara telah mengesahka­n penyertaan termasuk dari Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia