Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa rasmi pejabat MATRADE Melbourne

-

MELBOURNE: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin pembukaan pejabat Perbadanan­Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di sini akan mendorong lebih banyak pelabur Australia melibatkan diri dalam perniagaan dengan Malaysia.

“Malaysia diiktiraf sebagai hab perdaganga­n dan perniagaan Asia dan kami sentiasa terbuka kepada perniagaan,” katanya ketika merasmikan pembukaan pejabat itu di sini.

Beliau merasmikan pejabat itu dengan menandatan­gani plak untuk dipasang pada pintu masuk pejabat berkenaan.

Mustapa, yang mengetuai misi perdaganga­n berprofil tinggi Malaysia ke Sydney, Melbourne dan Adelaide, berkata langkah memindahka­n pejabat MATRADE dari Sydney ke Melbourne tahun lepas akan membolehka­n Malaysia menonjolka­n kehadirann­nya dalam bidang perniagaan di sini.

Pesuruhjay­a Perdaganga­n MATRADE di sini Noor Hayati Abu Noh berkata sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (SME) Australia dan syarikat perniagaan mulinasion­al mempunyai ibu pejabat sama ada di Mel- bourne atau Sydney.

Menurut Noor Hayati antara tugas beliau ialah meningkatk­an profil pengekspor­t Malaysia di Australia. Noor Hayati berkata beliau juga bekerjasam­a rapat dengan Austrade, Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdaganga­n Australia dan Majlis Perniagaan Australia Malaysia.

Katanya konsul jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya banyak membantu dalam penubuhan pejabat itu.

Pejabat MATRADE terletak di premis yang sama menempatka­n pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di 432 St Kilda Road. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Mustapa merasmikan pejabat itu dengan menandatan­gani plak untuk dipasang pada pintu masuk pejabat MATRADE semalam di Melbourne.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Mustapa merasmikan pejabat itu dengan menandatan­gani plak untuk dipasang pada pintu masuk pejabat MATRADE semalam di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia