Utusan Borneo (Sarawak)

MyCEB sumbangkan 8% bagi pelancong perniagaan menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) menyasarka­n untuk menyumbang lapan peratus dalam pelancong perniagaan kepada ekonomi negara berbanding lima peratus ketika ini (80,000 delegasi) menjelang 2020.

Ini dapat dicapai melalui peningkata­n kesedaran mengenai Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan, kata Pengurus Besar bagi Acara Perniagaan, Ho Yoke Ping.

Beliau berkata biro, yang ditubuhkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n berusaha menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama untuk mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran di peringkat antarabang­sa.

Katanya langkah ini akan membantu menjana pendapatan yang lebih besar untuk negara.

Ditubuhkan pada 2010, peranan MyCEB ialah membantu perancang acara dan mesyuarat tempatan dan antarabang­sa membida dan mengadakan acara mereka dengan jayanya di Malaysia.

“Memandangk­an biro hanya ditubuhkan empat tahun lalu, kami mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

“Ketika ini, kami mahu menumpukan kepada membawa syarikat antarabang­sa dan serantau ke Malaysia, meningkatk­an perbelanja­an daripada pengunjung perniagaan, dan pada masa sama meningkatk­an peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya kepada Bernama.

Ho berkata memandangk­an kebanyakan pengunjung perniagaan ke Malaysia merupakan golongan profesiona­l, kuasa perbelanja­an mereka adalah tiga kali lebih tinggi berbanding pengunjung biasa.

“Pengunjung perniagaan yang menghadiri sebarang acara yang diadakan di sini, membelanja­kan kirakira RM7,000 berbanding RM2,000 oleh pelancong biasa,”katanya.

Ho berkata MyCEB juga mempunyai matlamat jangka panjang menyasarka­n Malaysia menduduki tempat kelima bagi destinasi di Asia Pasifik untuk persidanga­n daripada kedudukan kesembilan ketika ini.

“Tahun lepas, kami mendapat 135 aktiviti perniagaan bernilai sekitar RM800 juta dan pada tahun ini, kami berharap untuk mendapat kira-kira 150,” katanya.

MyCEB, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini telah memenangi 92 bidaan.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi oleh biro, Ho berkata kadangkala ia tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk membantu dalam proses bidaan.

Beliau turut menggesa lebih banyak pelaburan dalam industri acara di Malaysia berikutan negara hanya boleh menganjurk­an 8,000 persidanga­n pada masa ini.

“Bagaimanap­un, bilangan persidanga­n utama melibatkan jumlah yang lebih besar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia