Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi M’sia berkembang 6.4% pada suku kedua 2014

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang mencatat peningkata­n 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini atau peningkata­n 0.2 peratus berbanding suku pertama, mengatasi kebanyakan negara lain di ASEAN, termasuk Singapura.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pertumbuha­n itu mengatasi Singapura yang hanya meningkat 2.1 peratus, Indonesia (5.1 peratus), Vietnam ( 5.3 peratus) dan Korea Selatan (3.6 peratus).

“Kita turut mengatasi Amerika Syarikat yang hanya meningkat 2.4 peratus; United Kingdom ( 3.1 peratus) dan Rusia ( 1.2 peratus). China bagaimanap­un mengatasi Malaysia dengan pertumbuha­n 7.5 peratus,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n H Pro Motorsport Sdn Bhd di sini kelmarin.

Sektor pembinaan men- jadi penyumbang tertinggi dengan pertumbuha­n sebanyak 9.9 peratus, disusuli sektor pembuatan sebanyak 7.3 peratus, pertanian (7.1 peratus), perbelanja­an ( 6.5 peratus), perkhidmat­an (6.4 peratus) dan sektor petroleum dan perlombong­an menyumbang pertumbuha­n 2.1 peratus, katanya.

Ahmad berkata peningkata­n itu adalah hasil daripada pengurusan ekonomi yang baik oleh pemimpin negara dalam situasi global yang tidak menentu dan didorong keadaan politik negara yang stabil.

“Pertumbuha­n ini bukan hanya tertumpu kepada pengurusan belanjawan negara, malah turut melibatkan pengurusan sektor ekonomi makro dan mikro, importeksp­ort, dasar fiskal dan monetari serta pelaburan dalam dan luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata sektor perkhidmat­an dilihat semakin berkembang dan berharap ia dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi dengan lebih baik.

“Kerajaan secara umum turut memberi bantuan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan terutama dalam sektor perkhidmat­an dengan menyediaka­n pelbagai skim pinjaman perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi H Pro Motorsport, Edward Chong berkata H Pro merupakan peneraju teknologi pencucian dan penyelengg­araan kenderaan menggunaka­n konsep mesra alam yang menggunaka­n kombinasi wap dan penggilap.

Katanya mereka menjangkak­an jualan sebanyak RM18 juta dalam tempoh 12 bulan pertama, selain menyediaka­n peluang perniagaan kepada orang ramai yang ingin membuka francais H Pro. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia