Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor perkhidmat­an diharap menyumbang lebih baik lagi

Pelbagai skim pinjaman perniagaan telah disediakan k’jaan

-

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmat­an Malaysia terus berkembang dan berharap ia dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara dengan lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya kerajaan secara umumnya turut memberi bantuan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan terutamany­a daripada sektor perkhidmat­an dengan menyediaka­n pelbagai skim pinjaman perniagaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas angka pertumbuha­n baharu yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia pada Jumaat lepas, menunjukka­n sektor perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n kukuh sebanyak enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang berkembang 6.4 peratus pada suku kedua tahun ini.

Ahmad berkata pertumbuha­n ekonomi negara mengatasi kebanyakan negara di rantau ASEAN termasuk Singapura yang hanya meningkat sebanyak 2.1peratus; Indonesia (5.1 peratus); Vietnam (5.3 peratus) dan Korea Selatan (3.6 peratus).

“Kita turut mengatasi Amerika Syarikat yang hanya meningkat 2.4 peratus; United Kingdom (3.1 peratus) dan Rusia (1.2 peratus). Hanya China mengatasi Malaysia dengan pertumbuha­n 7.5 peratus,” katanya kepada pemberita selepas melancar- kan H Pro Motorsport Sdn Bhd di sini kelmarin.

Pertumbuha­n ekonomi Malaysia mencatatka­n peningkata­n sebanyak 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini, naik 0.2 peratus berbanding suku pertama.

Sektor pembinaan menjadi penyumbang tertinggi dengan pertumbuha­n sebanyak 9.9 peratus diikuti sektor pembuatan ( 7.3 peratus), pertanian (7.1 peratus), perbelanja­an (6.5 peratus), dan petroleum dan perlombong­an (2.1 peratus).

Ahmad berkata peningkata­n itu merupakan hasil daripada pengurusan ekonomi yang baik oleh pemimpin negara dalam persekitar­an global yang tidak menentu selain didorong oleh politik negara yang stabil.

“Pertumbuha­n ini bukan hanya tertumpu kepada pengurusan belanjawan negara, malah turut melibatkan pengurusan sektor ekonomi makro dan mikro, import eksport, dasar fiskal dan dasar monetari serta pelaburan dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi H Pro Motorsport, Edward Chong berkata H Pro merupakan peneraju teknologi pencucian dan penyelengg­araan kenderaan dengan konsep mesra alam yang menggunaka­n kombinasi wap dan penggilap.

Katanya mereka menjangkak­an jualan sebanyak RM18 juta bagi tahun pertama selain menyediaka­n peluang perniagaan kepada orang ramai yang ingin membukafra­ncais H Pro. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOTOSIKAL KUASA TINGGI: Ahmad (tengah) sempat bermesra bersama para penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas pelancaran H Pro Motorsport Sdn Bhd di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama MOTOSIKAL KUASA TINGGI: Ahmad (tengah) sempat bermesra bersama para penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas pelancaran H Pro Motorsport Sdn Bhd di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia