Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen pengambila­n risiko yang meningkat pengaruhi bursa

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini, disokong oleh sentimen pengambila­n risiko ketika ringgit mengukuh, kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan Adam Khan.

Beliau berkata momentum dijangkaka­n dalam aliran meningkat berikutan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) kini kembali kukuh dan melepasi paras 1,860 kepada paras tertinggi baharu dalam tempoh seminggu selepas mencatat data yang negatif.

“Momentumny­a akan disokong oleh kedudukan geopolitik yang kembali reda selain dasar monetari yang lebih mudah, didorong oleh beberapa data ekonomi global yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran tempatan juga akan disokong oleh pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang kukuh selain keputusan Bank Negara Malaysia mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus walaupun inflasi meningkat pada Jun.

Pada suku kedua tahun ini, keluaran dalam negara kasar meningkat 6.4 peratus, disokong oleh eksport yang lebih tinggi serta permintaan domestik swasta yang men- ingkat.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata unjuran pertumbuha­n ekonomi bagi 2014 telah disemak menaik kepada lebih 5.5 peratus berbanding unjuran awal antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus.

Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI meningkat 24.44 mata kepada 1,864.31 pada Jumaat berbanding 1,839.87 mata yang direkodkan Jumaat lepas.

Indeks Kewangan meningkat 212.36 mata kepada 17,291.78, Indeks Perusahaan menokok 102.73 mata kepada 3,257.42 namun Indeks Perladanga­n susut 30.25 mata kepada 8,869.3.

Indeks FBM Emas meningkat 165.36 mata kepada 13,058.35, Indeks FBMT100 menambah 152.07 mata kepada 12,613.68, FBM 70 menokok 122.13 mata kepada 14,373.27 manakala FBM Ace meningkat 217.35 mata kepada 7,282.74.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 17.14 bilion saham bernilai RM11.93 bilion berbanding 15.28 bilion saham bernilai RM11.39 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 12.91 bilion unit bernilai RM11.14 bilion berbanding 11.57 bilion unit bernilai RM10.7 bilion pada Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 745.74 juta unit bernilai RM162.15 juta berbanding 214.84 juta unit bernilai RM29.15 juta Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.4 bilion saham bernilai RM603.01 juta berbanding 3.36 bilion saham bernilai RM635.92 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia