Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM didagangka­n rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan sentimen pasaran yang lemah.

Pedagang kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangkaka­n menjejaki komoditi lain, terutama minyak mentah, berikutan kebimbanga­n mengenai permintaan yang rendah.

“Paras inventori yang tinggi pada Julai dan kemungkina­n juga pada Ogos, terus menekan harga MSM,” katanya kepada Bernama.

Teh juga menjangkak­an belian spekulatif terus mendominas­i pasaran minggu depan, dengan harga dijangka didagangka­n antara RM2,050 dan RM2,200 setan.

Sementara itu katanya Malaysia boleh menarik belian fisikal MSM dengan mengurangk­an duti eksport, namun masih berhadapan saingan dari negara lain.

Menurut laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Jumaat, Malaysia sudah mengurangk­an duti eksport MSM bagi September kepada 4.5 peratus.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2014 susut RM125 kepada RM2,166 setan, September 2014 turun RM150 kepada RM2,107 setan, Oktober 2014 susut RM140 kepada RM2,093 setan manakala November 2014 merosot RM139kepad­a RM2,091 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 206,886 lot berbanding 133,225 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 205,112 kontrak berbanding 266,354 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April ke selatan ditutup RM170 lebih rendah kepada RM2,140 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia