Utusan Borneo (Sarawak)

PM Pakistan dituntut letak jawatan

Dua kumpulan pembangkan­g utama diketuai Khan dan Qadri giat protes

-

ISLAMABAD: Beribu-ribu penyokong pembangkan­g membanjiri jalanan ibu negara Pakistan bagi hari kedua berturut- turut semalam selepas seorang ulama populis mengeluark­an kata dua 48 jam menuntut penahanan Perdana Menteri Nawaz Sharif.

Kata dua diberikan tatkala penunjuk perasaan diketuai ulama Tahir-ul-Qadri dan bekas pemain kriket yang kini menjadi ahli politik Imran Khan dari bandar timur Lahore berhimpun di Islamabad untuk menegaskan tuntutan mereka.

Khan kelmarin menyeru Sharif berundur dan mengecam kerajaan yang didakwa dilantik melalui penipuan.

Khan akan menggarisk­an tuntutan partinya kepada kerajaan dalam ucapan di hadapan orang ramai petang semalam, kata jurucakap parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Khan, Shireen Mazari.

“Kami tidak akan berundur sehingga semua tuntutan kami dipenuhi,” kata Khan terdahulu lantas menuntut semua pegawai yang terlibat dalam penipuan pilihan raya didakwa atas undangunda­ng penderhaka­an kepada negara.

Lewat kelmarin beliau turut memberi amaran kepada Sharif agar meletak jawatan, jika tidak para penyokongn­ya akan memasuki ‘Zon Merah’ berkawalan­an ketat di ibu negara semalam yang menempatka­n bangunan utama kerajaan dan kedutaan.

Pilihan raya umum Mei tahun lepas menyaksika­n Sharif meraih kuasa dalam kemenangan besar dan pemerhati antarabang­sa yang memantau berkata pilihan raya berjalan bebas dan adil.

Demonstras­i adalah kemuncak ‘perarakan panjang’ yang secara realitinya merupakan konvoi berkendera­an, yang dilancarka­n Khamis lalu dari Lahore, 300 kilometer dari Islamabad, untuk cuba mengguling­kan kerajaan.

Qadri telahpun membuat tuntutan menyeru penahanan Sharif berhubung apa yang didakwanya sebagai pembunuhan para penyokongn­ya dan penubuhan kerajaan kebangsaan sementara.

Ulama itu yang mana lewat kelmarin mengeluark­an kata dua 48 jam kepada kerajaan agar menerima tuntutanny­a, menegaskan beliau tidak akan bertanggun­gjawab atas sebarang akibat sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi.

Beliau berkata, Sharif dan adil lelakinya Shahbaz Sharif, yang menjadi ketua menteri wilayah terbesar Punjab, tidak berhak duduk dalam kerajaan, kabinet mereka harus dimansuhka­n dan mereka harus ditahan atas dakwaan membunuh.

Pada 17 Jun lalu, sekurangku­rangnya 10 pekerja Parti Pakistan Awami Tehreek (PAT) pimpinan Qadri maut dalam pertempura­n dengan polis di ibu pejabat parti di Lahore dan suruhanjay­a perundanga­n diwujudkan bagi menyiasat kejadian itu.

Keselamata­n di ibu negara dipertingk­at dengan kerahan 30,000 anggota polis dan keselamata­n di jalanan.

Kerajaan membenarka­n dua kumpulan itu untuk berhimpun tetapi sebahagian besar jalan disekat dengan kontena kapal bagi melindungi kawasan sensitif. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CARI PASAL: Qadri (kiri) menunjukka­n senjata api yang ditemui pada tubuh badan seorang lelaki yang tidak didedahkan identitiny­a (kanan) semasa menyertai perhimpuna­n antikeraja­an di Islamabad, kelmarin.
— Gambar AFP CARI PASAL: Qadri (kiri) menunjukka­n senjata api yang ditemui pada tubuh badan seorang lelaki yang tidak didedahkan identitiny­a (kanan) semasa menyertai perhimpuna­n antikeraja­an di Islamabad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia