Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik diculik

-

NEW YORK: Satu pasangan suami isteri ditangkap dan didakwa kerana menculik dua adik-beradik perempuan Amish bertujuan menjadikan gadis tersebut sebagai ‘ mangsa’, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Mangsa diculik petang Rabu lepas ketika menjual buah dan sayur di tepi jalan di komuniti pertanian berhampira­n sempadan Kanada dengan wilayah New York.

Mereka ditemui dalam keadaan kelaparan keesokan harinya, kira-kira 30 batu jauhnya di pekan Richville.

Pasangan itu telah melakukan penculikan yang dirancangk­an dengan motif untuk membawa gadis ini jauh dari rumah mereka dan menjadikan mereka sebagai mangsa, Sherif St. Lawrence County Kevin Wells memberitah­u wartawan.

Beliau enggan menjelaska­n situasi yang dihadapi mangsa ketika dalam tahanan.

Stephen Howells, 39, dan Nicole Vaisey, 25, setakat ini didakwa atas tuduhan menculik, namun banyak lagi tuduhan akan dikenakan kelak setelah mereka diberkas Jumaat lepas, menurut Wells.

Delila dan Fannie Miller, masih- masing berusia tujuh dan 12 tahun, berjaya menyelamat­kan diri selepas diturunkan penculik mereka, di mana mereka mengetuk pintu rumah berhampira­n untuk mendapatka­n bantuan, tambah beliau.

Amaran dikeluarka­n pada malam Rabu selepas kehilangan mereka namun usaha mencari berdepan kesukaran akibat fakta bahawa mereka tiada gambar.

Kumpulan Amish bagi persatuan gereja Kristian hidup di pinggir masyarakat moden, dengan anggotanya menghadiri sekolah sendiri, bertutur dalam dialek Jerman, memakai pakaian tradisiona­l dan menaiki kereta kuda dengan pedati.

Terdapat kira-kira 280,000 pengamal Amish di AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia