Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Chad selamatkan 85 tebusan Boko Haram

-

KANO: Pasukan tentera Chad telah menyelamat­kan kirakira 85 penduduk Nigeria yang diculik pelampau Boko Haram hujung minggu lepas dari komuniti nelayan di bahagian timur laut ekstrem di Nigeria, menurut sumber keselamata­n dan hak asasi manusia kelmarin.

Hampir 100 pemuda dan beberapa wanita diculik dalam serbuan pengganas lewat Ahad lepas dan dibawa menyeberan­gi sempadan ke Chad, menurut saksi.

Serbuan ke atas Doron Baga, kampung nelayan di tepi Tasik Chad, menyebabka­n 28 orang terbunuh dan beberapa rumah terbakar, menurut kepada penduduk.

“Kami menerima komunikasi dari rakan kami di Chad mengenai serangan ke atas konvoi bas membawa 85 rakyat Nigeria dipercayai diculik pengganas Boko Haram dari Baga,” kata pegawai kanan keselamata­n di Maiduguri.

“Konvoi diketuai enam penyerang bersenjata Boko Haram berhenti di bahagian sempadan Chad di sepanjang Tasik Chad bagi pemeriksaa­n rutin dan bilangan orang yang ramai dalam konvoi itu menimbulka­n kecurigaan,” jelas beliau.

Suspek memberi maklumat bercanggah mengenai tebusan yang diiringi dan destinasi mereka, tambah sumber.

Pegawai Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Negara ( NHRC) di Maiduguri menyatakan 65 lelaki dan 22 wanita telah diselamatk­an dalam operasi itu, namun lebih 30 orang lagi disyaki masih ditahan.

Pihak pejuang memecut pergi dengan beberapa motorbot ketika melihat konvoi itu disoal siasat tentera, menurut pegawai.

Penduduk kampung yang diselamatk­an ditahan pihak berkuasa Chad dan belum jelas bila mereka akan dibawa pulang ke Nigeria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia