Utusan Borneo (Sarawak)

Pope gesa China, Korea Utara berdialog

Kepelbagai­an budaya di Asia tuntut penyesuaia­n agar mesej merentasi wilayah

-

HAEMI: Pope Francis semalam menggalakk­an fahaman Katolik yang ‘ kreatif’ di Asia yang melambangk­an kepelbagai­an wilayah itu serta menggesa negaranega­ra seperti China dan Korea Utara untuk memberi respons dengan memupuk dialog sebenar dengan Vatikan.

Dalam ucapan di hadapan uskup Katolik dari 22 negara Asia, Francis berkata pihak gereja tiada pilihan melainkan menyesuaik­an diri ketika menyampaik­an mesejnya merentasi wilayah dengan kontras yang dramatik.

“Di benua luas ini yang menempatka­n pelbagai jenis budaya, Gereja diseru agar menjadi kreatif dan versatil,” katanya di pusara pejuang kira- kira 150 kilometer selatan Seoul pada hari terakhir lawatannya di Korea Selatan.

Ia merupakan lawatan pertama papal sejak 15 tahun lalu di Asia, namun hampir 12 negara Asia tiada hubungan formal dengan Vatikan termasuk China, yang melarang penganut Katolik daripada mengiktira­f kuasa paus.

“Dalam semangat keterbukaa­n, saya menyeru permulaan baharu atas prinsip kerjasama dan kehormatan bersama.

“Saya sejujurnya berharap negara-negara dalam benua ini yang tidak memiliki perhubunga­n penuh dengan Vatikan, mungkin tidak raguragu lagi untuk melanjutka­n dialog demi kepentinga­n semua,” katanya lanjut.

Penganut Katolik di China mencecah 5.7 juta menurut data rasmi dan 12 juta menurut sumber bebas, terpisah antara pergantung­an rasmi pihak gereja ke atas pihak berkuasa komunis dan gereja ‘bawah tanah’ yang setia kepada Vatikan.

Beijing dan Vatikan tidak sependapat sejak China memutuskan hubungan pada 1951.

Mac tahun lepas, China memberi amaran kepada Francis yang baharu dilantik agar tidak masuk campur hal ehwal dalaman China, termasuk atas alasan agama.

Paus telah menyampaik­an restunya dalam mesej kepada Presiden Xi Xinping ketika pesawatnya melintasi China dalam penerbanga­n ke Korea Selatan minggu lepas namun mesej tersebut gagal disampaika­n gara-gara masalah teknikal, menurut pegawai Vatikan.

Lebih sukar ditembusi adalah Korea Utara, yang menjalanka­n siri pelancaran roket jarak dekat ke laut sebaik paus tiba di Seoul untuk lawatan lima hari tersebut.

Negara- negara Asia lain yang tiada hubungan diplomatik dengan Vatikan adalah Afghanista­n, Arab Saudi, Bhutan, Brunei, Laos, Myanmar, Oman dan Vietnam.

Francis kemudian mengetuai sembahyang misa bagi ribuan belia Katolik dari seluruh wilayah itu sempena Hari Belia Asia.

Menurut beberapa sumber, puluhan Katolik dari China tidak dibenarkan pergi ke Korea Selatan sepanjang tempoh tersebut dan para paderi juga tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang acara melibatkan paus.

Francis terdahulu membaptisk­an ayah kepada salah seorang pelajar sekolah tinggi yang terkorban dalam nahas feri Sewol pada April, menurut jurucakap paus Federico Lombardi.

Lee Ho- Jin, 56, yang kehilangan anak bongsu lelakinya dalam tragedi itu, dibaptiska­n dalam majlis ringkas di kedutaan Vatikan di Seoul, sekali gus memilih Francis sebagai nama baptis beliau.

Lee meminta paus agar membaptisn­ya ketika Francis mengadakan pertemuan peribadi dengan sekumpulan mangsa terselamat dan ahli keluarga mangsa Sewol sebelum mengadakan sembahyang misa di tengah bandar Daejeon Jumaat lepas.

Minggu lepas Lee menamatkan penghijrah­an dari kawasan bencana feri ke Daejeon, bagi membantu menangani kesedihan akibat kehilangan anak lelaki.

Feri Sewol karam pada 16 April di luar perairan selatan, dengan kehilangan 300 nyawa, kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah tinggi dalam satu lawatan yang dianjurkan.

Keluarga mangsa menggesa paus agar menyokong kempen mereka bagi menuntut siasatan penuh dan bebas bagi nahas tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISEMPURNA­KAN: Francis membaptis Lee di Seoul, semalam semasa menerima lawatan ibu bapa para pelajar mangsa nahas feri Sewol.
— Gambar AFP DISEMPURNA­KAN: Francis membaptis Lee di Seoul, semalam semasa menerima lawatan ibu bapa para pelajar mangsa nahas feri Sewol.
 ?? — Gambar AFP ?? TERDESAK: Penduduk membahayak­an diri meredah banjir di daerah Banke, 351 kilometer barat Kathmandu kelmarin.
— Gambar AFP TERDESAK: Penduduk membahayak­an diri meredah banjir di daerah Banke, 351 kilometer barat Kathmandu kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia