Utusan Borneo (Sarawak)

Jeritan dedah puluhan diseludup dalam kontena

Dua korban hujan lebat barat Jepun

- Muka

TOKYO: Banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di barat Jepun telah meragut dua nyawa dan mendorong sebuah bandar untuk menasihati lebih 80,000 pendudukny­a untuk melarikan diri, kata pihak berkuasa semalam.

Seorang lelaki disahkan mati di bandar Kyoto awal semalam selepas dihanyutka­n sungai ketika cuba membina tembok beg pasir, menurut pegawai daerah Kyoto.

Di daerah berhampira­n Ishikawa, mayat wanita berusia 74 tahun dikeluarka­n dari rumahnya selepas tanah runtuh, lapor badan penyiaran rasmi NHK.

Ketika ini barat dan tengah Jepun masih dilanda hujan lebat yang bermula Jumaat.

Kota Fukuchiyam­a di daerah Kyoto mengalami penurunan hujan 303 milimeter dalam tempoh 24 jam setakat awal semalam, sekali gus mengeluark­an nasihat pemindahan kepada 80,860 pendudukny­a ketika sebahagian besar bandar ditenggela­mi air setinggi tiga kaki.

Tanah runtuh di bandar Tamba di daerah Hyogo dekat Kyoto memusnahka­n sebuah rumah di mana penghuniny­a, wanita berusia 73 tahun, berjaya diselamatk­an tetapi suaminya, 79, masih hilang, lapor NHK.

Polis di daerah tengah Gifu menemui dua daripada tiga pendaki yang dihanyutka­n sungai di Banjaran Hida, lapor Yomiuri Shimbun.

Dalam perkembang­an berasingan di CHINA, gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggegark­an wilayah barat daya Sichuan awal semalam, menurut US Geological Survey, namun tiada laporan lanjut mengenai kematian atau kerosakan.

Gempa bumi berlaku jam 6.07 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer dan pusatnya dua kilometer barat daya Xiluodu dan 96 kilometer dari Zhaotong di wilayah Yunnan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia