Utusan Borneo (Sarawak)

113 masih hilang, Nepal khuatiri taun

-

KATHMANDU: Anggota penyelamat di Nepal semalam berusaha mendapatka­n mayat di sebalik kebimbanga­n wabak taun selepas hujan lebat mencetuska­n banjir kilat yang menghanyut­kan rumah, membunuh sekurangku­rangnya 85 orang dan menyebabka­n ribuan terkandas, menurut pihak berkuasa.

Hujan lebat minggu lepas mencetuska­n beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir, merosakkan jalan raya di seluruh kawasan barat bersempada­n dengan india dan memaksa para pegawai menggunaka­n helikopter untuk menyelamat­kan penduduk yang terkandas dan menghantar bekalan kecemasan.

Ketika cuaca beransur baik semalam dengan jarak penglihata­n meningkat selepas hujan berterusan selama tiga hari, anggota tentera memindahka­n 20,000 orang yang terkandas di daerah- daerah barat yang teruk terjejas, kata ketua pengurusan bencana negara Yadav Prasad Koirala.

“Kami amat bimbang tentang kemungkina­n wabak taun tercetus berikutan mayatmayat yang dihanyutka­n air.

“Kami telah menggerakk­an para pekerja kesihatan untuk mewujudkan kem dan menyediaka­n penduduk dengan air minuman yang bersih dan makanan kering,” tambah Koirala.

Ketika paras air mulai surut, anggota penyelamat mulai memindahak­n penduduk dari rumah yang musnah ke penempatan sementara, tetapi sebahagian besar kawasan masih banjir sekali gus menghalang pendaratan helikopter supaya pekerja dapat mencari 113 orang yang masih hilang, jelas beliau.

Para penduduk di Surkhet, daerah paling teruk terjejas, menggambar­kan kengerian dikejutkan berita sungai Bheri berhampira­n melimpahi tebing awal Jumaat.

“Jiran-jiran mengejutka­n kami, kami kemudian berlari ke atas bukit untuk menyelamat­kan diri.

“Saya langsung tidak sempat melepaskan ternakan saya supaya mereka dapat menyelamat­kan diri,” kata petani Prem Bahadur Pun yang dihubungi semalam.

“Menjelang pagi, rumah kami, ternakan kami, tanah kami semuanya lenyap, saya telah kehilangan segalagala­nya,” tambah Pun.

Kira-kira 150 penduduk dari kampungnya sempat menyelamat­kan diri tetapi menurut Pun, ramai lagi tidak begitu bernasib baik.

“Ramai jiran kami hilang, termasuk sebuah keluarga beserta isteri dan dua cucu mereka,” katanya.

Ketika penduduk kegelisaha­n menunggu bantuan, ramai menghidap demam walaupun simptom cirit-birit belum dilaporkan, kata Pun.

Sementara itu, hujan lebat di negeri Uttarakhan­d di negara jiran India meragut 24 nyawa sejak Jumaat, dan laporan media semalam berkata, beberapa daerah di negeri Bihar dan Uttar Pradesh turut banjir. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia