Utusan Borneo (Sarawak)

SJK CHUNG HUA TERUS MAIN PERANAN SEJAK 88 TAHUN PENUBUHAN

-

SEKOLAH Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua telah wujud selama 88 tahun dan merupakan sekolah aliran bahasa Cina yang terpenting di negara ini.

Oleh kerana banyak sekolah aliran bahasa Cina ditubuhkan di negara ini, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudian mewujudkan sekolah bahasa Malaysia, aliran bahasa Tamil dan bahasa Mandarin bagi mengimbang­i dasar pendidikan negara.

“Ini kerana kerajaan amat menumpukan kepada sekolah yang pelbagai kaum dan pada masa yang sama tidak mahu mengetepik­an bahasa yang lain,” demikian menurut Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan juga Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran.

“Bagi bahasa Mandarin pula, ia tidak kurang penting kerana kalau kita pergi ke negara China, yang tak pandai cakap Cina terpaksa menggunaka­n jurubahasa. Justeru anak-anak kita perlu dihantar ke sekolah aliran Cina,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-88 SJK Chung Hua yang diadakan di Dewan Suarah Baram di Marudi baru-baru ini.

SJK Chung Hua telah didirikan pada tahun 1926, bagaimanap­un hanya mempunyai bangunan sekolah 10 tahun kemudian.

Entri yang juga ADUN Marudi berkata menyedari bahawa sekolah aliran bahasa Cina tidak kurang pentingnya menyebabka­n ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak mereka ke sekolah SJK Chung Hua, bukan sahaja di Marudi, malah di seluruh negeri dan negara amnya.

“Bukan hanya kaum Cina itu sendiri yang mempelajar­i bahasa Cina malah kaum Bumiputera juga turut berminat,” jelasnya lagi.

SJK Chung Hua pada usianya kini (88 tahun penubuhann­ya) maka tidak hairan jika ia telah melahirkan ramai graduan seperti doktor, jurutera dan lain-lain jurusan, justeru kata Entri, beliau menyeru golongan bijak pandai yang dilahirkan di SJK Chung Hua di Marudi, kembali ke kampung halaman mereka dan memajukan penduduk setempat.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan terus membantu sekolahsek­olah aliran bahasa Cina serta pada masa yang sama menyeru masyarakat untuk saling bekerjasam­a memajukan pendidikan bukan sahaja di negeri ini, tetapi juga di Marudi khususnya.

“Dan pada malam ini, kita dapat saksikan kerjasama tersebut dan komitmen masyarakat dalam memajukan dan menjadikan sekolah ini terus wujud sehingga 88 tahun dan tarikh majlis penganjura­nnya juga amat tepat sekali iaitu 8 Ogos 2014 (08.08.14),” ujarnya.

Pada majlis yang sama beliau turut mengumumka­n geran MRP berjumlah RM50,000 untuk Lembaga Pengurusan Sekolah, sementara Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau mengumumka­n RM10,000 dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau mengumumka­n sejumlah RM7,000.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Baram Mackos Sibong, Pegawai Pelajaran Daerah Baram Yunos Apok dan ketua masyarakat Cina di Marudi Pemanca Chong Chin Hui.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Entri (tengah) menekan butang tanda perasmian majlis makan malam SJK Chung Hua di Dewan Suarah Baram di Marudi, baru-baru ini.
RASMI: Entri (tengah) menekan butang tanda perasmian majlis makan malam SJK Chung Hua di Dewan Suarah Baram di Marudi, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Oleh W. Bolly Ongie
Oleh W. Bolly Ongie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia