Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Terbuka ERA fm bersama Snickers

Disambut dengan penuh sederhana

- HIBURAN

PADA Sabtu lalu (9 Ogos 2014) bersamaan dengan 13 Syawal 1435H, bertempat di Restoran Bora Ombak Ampang, telah berlangsun­gnya Majlis Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers.

Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers telah dihadiri oleh barisan artis terkenal tanahair seperti Black, Faizal Tahir, Hanie Soraya, Maya Karin, Awi Rafael, Radhi OAG, Tomok dan ramai lagi.

Pada hari tersebut, para pedengar bukan sahaja berpeluang beramah mesra bersama para artis kesayangan mereka, malah mereka turut merapatkan silaturahi­m bersama barisan penyampai ERA fm seperti Ray, Haniff, Zahid, Adi Fashla, Johan, Dina, dan Ira dan Aril.

Dalam suasana yang agak sederhana, keluarga ERA fm berkumpul di Majlis Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers ini telah mengadakan beberapa acara bersama pendengar.

Antaranya adalah, cabutan bertuah khas untuk pendengar bertuah yang terpilih untuk hadir ke majlis tersebut.

Selepas menjawab beberapa soalan yang dikemukan oleh penyampai yang berada di atas pentas, pemenang membawa pulang hamper Snickers bernilai RM400 untuk setiap satunya.

Lebih kurang 250 tetamu yang hadir termasukla­h tetamu jemputan ERA fm, para artis, pendengar, rakan-rakan media serta pihak penaja.

Majlis yang bermula jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu telah melakarkan memori indah Syawal buat para penyampai ERA fm, para artis, media, serta pendengar-pendengar yang hadir.

Ini merupakan salah satu aspek penting bagi sesebuah radio stesen sebagai tanda penghargaa­n buat semua yang telah memberikan sokongan terhadap prestasi ERA fm.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA. ERA fm boleh didengar menerusi frekuensi 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan 102.4FM di Kota Kinabalu selain turut dapat didengar menerusi saluran Astro (856).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia