Utusan Borneo (Sarawak)

Detik cemas dirompak lelaki bersenjata pisau

Eksekutif pemasaran dirompak ketika hendak deposit RM6,000, turut kerugian RM300, hilang telefon

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Seorang eksekutif pemasaran melalui detik mencemaska­n apabila dirompak seorang lelaki bersenjata­kan pisau dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Chan Bee Kiew Off Jalan Padungan, di sini.

Lelaki berkenaan yang bekerja untuk sebuah butik kesihatan dan kecantikan di Jalan Sekama, di sini memberitah­u, dia baharu keluar dari kereta apabila insiden petang semalam itu berlaku.

“Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh yang bersenjata­kan pisau menghampir­i saya dan mengarahka­n saya menyerahka­n kesemua wang dan barang berharga atau saya akan dicederaka­n.

“Bimbang dengan keselamata­n diri dan tanpa berfikir panjang, saya pun meny- erahkan duit- duit pejabat termasuk duit saya sendiri kepada lelaki tersebut,” katanya ketika ditemui di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, semalam.

Mangsa menjelaska­n, dia sepatutnya mendeposit­kan wang syarikat kira- kira RM6,000 apabila kejadian sekitar jam 1 petang itu berlaku.

Dia turut mengalami kerugian RM300 serta kehilangan telefon bimbitnya.

Difahamkan, mangsa juga gagal mencatat nombor pendaftara­n motosikal yang digunakan suspek untuk melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

Akhbar Utusan Borneo turut melaporkan butik kesihatan dan kecantikan tempat mangsa bekerja mengalami kerugian anggaran RM1.6 juta apabila premis itu di Jalan Sekama di sini dipecah masuk baru-baru ini, namun insiden itu hanya disedari pada Isnin lalu.

Dalam kes berasingan, se- orang wanita dalam lingkungan 40-an diragut di sebuah kedai kopi di pusat komersial Premier 101, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa bersama rakan sekerjanya sedang menikmati jamuan tengah hari apabila beg tangannya dilarikan oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

Menurut pemilik kedai kopi tersebut, suspek itu sempat membeli air sebelum meragut beg tangan mangsa.

Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh yang bersenjata­kan pisau menghampir­i saya dan mengarahka­n saya menyerahka­n

“kesemua wang dan barang berharga atau saya akan dicederaka­n.

Mangsa

Suspek kemudianny­a melarikan diri menggunaka­n motosikal.

Polis sedang menyiasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia