Utusan Borneo (Sarawak)

Hab Halal Tanjung Manis nukleus industri halal

Nukleus kepada industri akuakultur, pertanian, pelanconga­n, penghasila­n produk makanan, kesihatan, komestik

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Hab Halal Tanjung Manis akan menjadi nukleus kepada perkembang­an pelbagai sektor industri halal di Sarawak.

Antaranya menurut Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, sektor akuakultur, pertanian, pelanconga­n, penghasila­n produk makanan, kesihatan, komestik dan sebagainya.

Malah menurut Adenan, pembanguna­n industri halal di Sarawak akan menjadi antara penyumbang kepada nilai eksport halal Malaysia yang mana kini telah mencecah RM32 bilion.

“Hab Halal Tanjung Manis yang merupakan antara mod pertumbuha­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE) kini sedang giat dilengkapk­an dengan segala prasarana yang terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara pada penghujung 2015.

“Selain itu, Unit Hab Halal di Jabatan Ketua Menteri pula sedang dalam proses mengenal pasti pe- main- pemain industri halal di Sarawak secara menyeluruh.

“Usaha ini dijalankan dengan mengumpul data yang berkaitan dengan para pengusaha, pengeluar, pembekal dan peniaga industri halal di Sarawak.

“Data ini termasuk pemain- pemain industri yang telah memiliki sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak ( JAIS), belum memiliki dan berpotensi untuk mendapat sijil halal JAIS,” katanya.

Adenan berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Perasmian Halal Outreach Programme ( HOPE) 2014.

Berlangsun­g selama dua hari di sebuah hotel terkemuka di sini, HOPE merupakan anjuran Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal ( HDC), sebuah agensi di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Jelas Adenan lagi, di samping berusaha menarik minat pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak katanya sudah tentu tidak mahu masyarakat setempat ketinggala­n dan terpinggir daripada arus pembanguna­n dan perkembang­an ekonomi yang wujud di hab tersebut.

Oleh itu katanya, peluang- peluang perniagaan akan diwujudkan dan dipromosik­an secara menyeluruh di kawasan Hab Halal Tanjung Manis.

Ini katanya bertujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan atau usahawan di sekitarnya agar dapat mengambil bahagaian dalam peluang- peluang yang diwujudkan di kawasan ini.

“Antara peluang- peluang perniagaan yang perlu direbut oleh komuniti tempatan adalah industri makanan, pelanconga­n, perumahan, sewaan kenderaan, perkhidmat­an cuci pakaian, pendidikan dan lain- lain.

“Justeru, saya berharap lebih ramai masyarakat usahawan kita akan berkecimpu­ng dalam industri halal dan mengambil peluang daripada perkembang­an yang akan dibangunka­n di

Hab Halal Tanjung Manis yang merupakan antara mod pertumbuha­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) kini sedang giat dilengkapk­an dengan segala prasarana yang terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara pada

” penghujung 2015. Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Ketua Menteri

Hab Halal Tanjung Manis,” ujar Adenan.

Sementara itu Abang Johari pada sidang media selepas majlis itu berkata kerajaan menerusi Kementeria­n Kemudahan Awam kini sedang membangunk­an infrastruk­tur bekalan air dan elektrik di Tanjung Manis.

Sebaik kerja- kerja pemasangan air dan elektrik siap kelak ia mampu menyediaka­n bekalan yang luas ke kawasan Hab Halal Tanjung Manis bagi menampung keperluan industri halal.

“Masa depan Hab Halal Tanjung Manis bergantung kepada para usahawan kita.

“Justeru para usahawan kita perlu mengenal pasti bentuk- bentuk perniagaan yang berpotensi untuk diusahakan di Hab Halal Tanjung Manis,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hasni Zarina Mohamed Khan dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam) merangkap Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Daud Abdul Rahman.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? PRODUK HALAL: Abang Johari diiringi Daud (kanan) melihat hasil produk usahawan industri halal yang dipamerkan pada HOPE 2014 di Kuching semalam.
— Gambar Tan Song Wei PRODUK HALAL: Abang Johari diiringi Daud (kanan) melihat hasil produk usahawan industri halal yang dipamerkan pada HOPE 2014 di Kuching semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Adenan bergambar bersama ahli BNBBC sebelum bermesyuar­at.
UNTUK ALBUM: Adenan bergambar bersama ahli BNBBC sebelum bermesyuar­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia