Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mampu capai sebuah negeri perindustr­ian, kata Taib

-

LAWAS: Sarawak mampu mencapai sebuah negeri perindustr­ian dan termaju di negara ini berkat kepimpinan para pemimpin yang berpandang­an jauh memacu pembanguna­n ke tahap membanggak­an.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata keyakinan itu diluahkan berlandask­an kepada kepimpinan hari ini dan masa depan Sarawak yang dilihat mampu membawa negeri ini mencapai tahap sebuah negeri perindustr­ian pada masa akan datang.

Beliau berkata, pencapaian ke arah negeri perindustr­ian daripada 27 peratus hari ini kepada tahap lebih tinggi pada masa mendatang akan terlaksana dengan adanya kemudahan jalinan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik di bawah kepimpinan yang berdedikas­i.

“Dengan perkembang­an ini rakyat akan menyaksika­n negeri Sarawak bakal menduduki tangga teratas daripada sepuluh negeri di Malaysia untuk menjadi maju menjelang 2020,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di sini kelmarin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan isteri Datin Tunong Palong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang Maimunah Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Kolonel( B) Awangku Jamudin Pengiran Kon serta Residen Bahagian Limbang Maria Hasman.

Taib berkata, migrasi besar akan berlaku dari luar bandar ke kawasan bandar yang mempunyai aktiviti perindustr­ian yang menjanjika­n pendapatan lebih baik untuk anak-anak muda mempunyai bidang kemahiran diperlukan.

Jelasnya, sambutan baik terhadap SCORE tidak akan memadai kerana semua pihak khususnya pemimpin, usahawan perlu mempunyai cita-cita lebih besar dalam mewujudkan masyarakat industri lebih berdaya saing serta mampu menjana pendapatan tinggi untuk kesejahter­aan bersama.

“Melalui pengukuhan aktiviti menjadikan negeri ini sebagai sumber tenaga terbesar di rantau Asia Tenggara, kita yakin bahawa banyak pelabur dari dunia luar melabur ke negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem perlu diberi sepenuh sokongan oleh seluruh rakyat dan barisan kepimpinan muda yang bakal mewarisi negeri ini menjadikan Sarawak negeri perindustr­ian berpendapa­tan tinggi.

Justeru, Taib meminta seluruh rakyat bekerjasam­a, bersatu padu dan memastikan kestabilan dan keselamata­n diberi perhatian serius untuk mencapai cita- cita besar negeri ini.

 ??  ?? RASMI: Taib memotong ketupat gergasi ketika merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri sambil disaksikan (dari kiri) Mohd Asfia, Henry, Awang Tengah dan Dayang Morliah di Lawas kelmarin.
RASMI: Taib memotong ketupat gergasi ketika merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri sambil disaksikan (dari kiri) Mohd Asfia, Henry, Awang Tengah dan Dayang Morliah di Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia