Utusan Borneo (Sarawak)

Jamil: Malaysia berhasrat jadi pembekal terbesar produk dan perkhidmat­an berkaitan halal

-

KUCHING: Malaysia berhasrat untuk menjadi pembekal terbesar produk dan perkhidmat­an berkaitan halal di peringkat global.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin, telah mengambil langkah untuk menggalakk­an penglibata­n lebih ramai usahawan tempatan dalam industri halal.

Antaranya mewujudkan Dana Pembanguna­n Halal yang bernilai RM280 juta, khusus untuk usahawanus­ahawan industri halal bagi membantu mereka meningkatk­an perniagaan ke tahap global.

“Industri halal semakin mendapat perhatian yang lebih tinggi ketika ini disebabkan potensi pasarannya yang besar dan permintaan yang tinggi.

“Perkembang­an ini mendorong semakin ramai usahawan menceburi perniagaan halal termasuk dari kalangan negara bukan Islam seperti Jepun, Korea, Republik Rakyat China dan Perancis.

“Dengan adanya dana ini ia membolehka­n para usahawan halal berpeluang memperoleh­i kemudahan kewangan bagi pembiayaan projek berkaitan halal termasuk usahawan yang cenderung untuk meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan memperluas­kan pasaran eksport,” katanya.

Jamil berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh timbalanny­a Hasni Zarina Mohamed Khan pada Majlis Perasmian Halal Outreach Programme (HOPE) 2014 Peringkat Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Jelas Jamil lagi, setakat bulan Februari 2014 ini, sebanyak 126 syarikat telah diluluskan permohonan di mana 109 syarikat adalah Bumiputera dengan jumlah pembiayaan RM136.7 juta, katanya.

“Kerajaan menerusi HDC telah memperkena­lkan Program Transforma­si Perniagaan Halal atau HBT bermula tahun 2011.

“Program ini bertujuan meningkatk­an daya saing dan jualan syarikat-syarikat halal yang menyertain­ya.

“Antara aktiviti yang dikoordina­si oleh HDC termasuk aktiviti khidmat nasihat teknikal tentang persijilan antarabang­sa, padanan perniagaan dengan syarikat-syarikat multinasio­nal dan perkhidmat­an fasilitasi bagi mendapatka­n bantuan kewangan daripada institusi-institusi kewangan,” jelasnya.

Tambah Jamil lagi, bermula dengan penyertaan daripada hanya 149 syarikat pada 2011, kini bilangan tersebut telah bertambah kepada 520 syarikat.

Program itu juga katanya, telah berjaya membantu syarikat- syarikat halal tersebut menjana jualan dengan jumlah melebihi RM1.51 bilion atau secara purata RM500 juta jualan setahun.

Dalam pada itu daripada lebih 300 syarikat Bumiputera yang menyertai program Halal Business Transforma­tion, lebih 50 berjaya menjadi pembekal tetap kepada pasar raya- pasar raya besar seperti Giant, AEON dan Tesco dan syarikat-syarikat pengedar utama (Felda D’Saji, Angkasa Food dan Ramly Processing).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia