Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat BN diminta selesai isu remeh di kawasan mereka

-

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mahu semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri menyelesai­kan isu remeh di kawasan masingmasi­ng pada tahun ini.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Negeri Abdullah Saidol berkata, isu yang dimaksudka­n turut merangkumi janji yang dibuat wakil rakyat hendaklah diselesaik­an dengan segera.

Jadi menurutnya, setiap ahli BNBBC perlu bekerja lebih keras agar perkhidmat­an yang diberikan sampai kepada se- tiap lapisan masyarakat.

“Apa yang Ketua Menteri mahukan adalah setiap janji yang dibuat tidak dibiarkan berlarutan sehingga enam bulan tanpa diselesaik­an.

“Sebagai contoh, kalau berjanji hendak menghantar kipas, janganlah dibiarkan dalam tempoh lama.

“Setiap ahli BNBBC dan wakil rakyat BN perlu ingat apa yang dijanjikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu Abdullah bersama ahli BNBBC yang lain bermesyuar­at bersama Adenan yang juga pengerusi BN Negeri.

Namun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu, perkara lebih penting adalah setiap wakil rakyat BN perlu lebih kerap turun padang.

“Kami diarahkan untuk bekerja keras kerana pilihan raya sudah hampir,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha BNBBC Negeri Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan perjumpaan sulung BNBBC bersama Ketua Menteri.

“Dalam mesyuarat ini kami menyatakan sokongan padu kepada Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri.

“Ketua Menteri juga menyampaik­an pesanan agar kita bersedia awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” jelasnya.

Dalam mesyuarat itu katanya, BNBBC Negeri turut menyatakan kepada Ketua Menteri mengenai kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan tidak lama lagi.

“Kami telah mendapat kelulusan Ketua Menteri untuk berjumpa Perdana Menteri,” kata Dr Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia