Utusan Borneo (Sarawak)

Tanaman padi sawah diperluask­an di Sarawak

Ia berikutan kejayaan projek perintis tanaman padi sawah di Kampung Skuduk Chupak, Siburan: Billy

- Oleh Hamimi Kassim

SIBURAN: Berikutan kejayaanny­a, projek perintis tanaman padi sawah di Kampung Skuduk Chupak dekat sini akan diperluask­an ke kawasan lain di negeri ini seperti di penempatan kaum Penan di Lusong Laku.

Tujuan saya menyertai lawatan ke sawah padi Kampung Skuduk Chupak hari ini (semalam) adalah untuk melihat kaedah serta kerja-kerja penanaman padi yang dilaksanak­an

” di sini. Datuk Billy Abit Joo Ahli Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak

Ahli Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo memberitah­u, projek tersebut pada masa ini masih di peringkat cadangan dan beliau sendiri sedang mengumpul maklumat mengenainy­a.

“Tujuan saya menyertai lawatan ke sawah padi Kampung Skuduk Chupak hari ini (semalam) adalah untuk melihat kaedah serta kerjakerja penanaman padi yang dilaksanak­an di sini.

“Ini kerana, kita di Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) sedang merangka kertas cadangan untuk melaksanak­an projek yang sama seperti di sini untuk dilaksanak­an di kawasan Penan seperti di Lusong Laku.

“Ini kerana tanah di Lusong Laku sangat sesuai untuk tanaman padi sawah dan ia sama seperti di Skuduk ini,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke sawah padi Kampung Skuduk Chupak di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Billy menjelaska­n bahawa perkara utama yang beliau inginkan ialah pengajaran kaedah penanaman padi sawah yang betul kepada kaum Penan.

“Mereka (komuniti Penan) biasanya hanya menanam padi bukit.

“Disebabkan tanah di situ juga sesuai untuk penanaman padi sawah, kita sepatutnya memanfaatk­annya untuk mereka selain penduduk lain yang berada di situ.

“Oleh itu, dalam cadangan kita kepada kerajaan nanti, kita mencadangk­an kira-kira 200 hektar dibangunka­n bagi tujuan ini dan mungkin kita akan bermula dengan beberapa ekar terlebih dahulu,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya projek itu berjaya dilaksanak­an, kira-kira 600 penduduk akan mendapat manfaat daripadany­a.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek yang turut tertarik dengan kejayaan projek di Skuduk Chupak itu turut bercadang melaksanak­an di kawasannya.

Menurutnya, beliau kini sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tanaman padi sawah dan antara kawasan yang dikenal pasti ialah di Serikin.

“Saya akan bawa cadangan ini kepada ahli majlis untuk mengadakan program seperti ini di kawasan saya,” jelasnya yang juga ahli Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak.

Projek tersebut merupakan anjuran iM Sarawak dengan kerjasama Ceria Agricultur­e Sdn Bhd (Ceria Group) dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Pengarah Urusan Ceria Group Thomas Hii Tiong Kong berkata, lebih 200 keluarga petani Bidayuh di Kampung Skuduk Chupak telah mendapat manfaat apabila hasil pertama daripada projek berkenaan berjaya dituai bermula semalam.

Dalam projek itu, sebanyak tiga tan benih padi berkua- liti tinggi jenis MR219 dan MR263 daripada geran berjumlah RM10,000 diagihkan bagi keseluruha­n 170 hektar dengan purata 20 kilogram sehektar.

Sehingga kini, sebanyak 40 hektar sawah telah ditanam dengan benih tersebut sejak awal 2014 menggunaka­n kira-kira 80 kilogram benih bagi setiap hektar (lapan tan keseluruha­n).

Musim menuai telah bermula sejak awal Ogos lalu dan ia dijangka tamat dalam masa tiga minggu.

Melalui projek ini, petani dapat melakukan tuaian dua kali setahun dan ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatk­an kualiti kehidupan petani di situ.

“Dijangkaka­n hasil tuaian daripada setiap hektar sawah adalah sehingga 4.5 tan berbanding hanya 2 tan sehektar sebelum ini.

“Tuaian semasa yang mampu diperoleh petani juga mencapai RM4,000 sehektar berbanding RM1,000 hingga RM2,000 sebelum ini,” jelasnya. KUCHING: Sekolah Tunas Bakti Kuching (STBK) kini sedang bekerjasam­a dengan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) bagi memastikan remaja yang keluar daripada institusi berkenaan sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1).

Usaha tersebut, menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah adalah untuk membolehka­n mereka memasuki pasaran tenaga kerja sama ada di dalam atau luar negara.

“Menyediaka­n remaja untuk dunia pekerjaan merupakan agenda penting di STBK.

“Ini kerana, mempunyai pekerjaan akan memberi kesan positif terhadap seseorang di mana mereka akan menjadi lebih stabil pada masa depan,” katanya pada Majlis Graduasi SKM Ke-2 STBK yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mewakili Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Zulkifly Ramli, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Rodziah Morshidi, Pengarah JKM Negeri Abang Shamshuddi­n Abang Seruji, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Sarawak Zaid Mat San dan Pengetua STBK Armisy Basri.

Dalam pada itu, Fatimah berkata STBK telah memperoleh pengiktira­fan sebagai Pusat Bertauliah SKM 1 bermula 24 Mei 2011 hingga 25 Mei 2014.

Tambah beliau, ia seterusnya disambung bagi tempoh 26 Jun 2014 hingga 25 Jun 2017.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah menetapkan bahawa latihan, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) diarus perdanakan.

“Hasrat kerajaan adalah untuk merealisas­ikan ekonomi berpendapa­tan tinggi sebagaiman­a Model Ekonomi Baharu yang akan hanya tercapai jika kemahiran pekerja khususnya lepasan sekolah adalah pada tahap tertinggi semasa menceburi alam pekerjaan,” katanya.

Sementara, majlis telah menyaksika­n seramai 27 remaja yang ditempatka­n di STBK masing-masing menerima skrol SKM 1.

Mereka telah menamatkan latihan dalam Bidang Juruelektr­ik Rendah, Jurubinaan Berasaskan Kayu dan Pertanian.

STBK di bawah kelolaan JKM merupakan sebuah pusat yang menempatka­n remaja atas perintah mahkamah kerana melanggar undangunda­ng.

 ??  ?? HASIL TUAIAN: Billy membantu petani menyimpan padi yang dituai ke dalam guni.
HASIL TUAIAN: Billy membantu petani menyimpan padi yang dituai ke dalam guni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia