Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Awat-Awat

-

LAWAS: Misi kemanusiaa­n dilaksanak­an Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah Program Armada memberi keutamaan membantu golongan memerlukan termasuk mangsa kebakaran di Kampung Manangah, Awat-Awat di sini semalam.

Exco Pemuda Negeri yang juga Pengerusi Pemuda PBB Zon Lapan Kaunselor Sufian Mohat berkata misi kemanusiaa­n ini membantu meringanka­n beban dan penderitaa­n mangsa kebakaran di kampung tersebut dengan penyerahan sumbangan barang keperluan.

“Sumbangan Pemuda Negeri disalurkan melalui Pemuda Zon Lapan ini diharap dapat meringanka­n beban mangsa kebakaran dalam meneruskan kehidupan,” katanya pada penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran Kampung Manangah, Awat-Awat semalam.

Sufian yang juga ketua Pemuda PBB Bukit Kota berkata, misi kemanusiaa­n program ini memberi peluang kepada barisan Pemuda turun padang ke peringkat akar umbi membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berkata program itu merupakan pendekatan terbaik yang digunakan bagi membolehka­n semua exco Pemuda memahami denyut nadi rakyat dan memahami permasalah­an di peringkat akar umbi.

“Pada masa sama, kami dapat memberi sumbangan bakti kepada rakyat dengan merapatkan diri dengan mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pemuda PBB turut bersimpati dengan musibah yang berlaku dan berharap mangsa kebakaran diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

“Kami amat bersimpati dan berharap mangsa kebakaran lebih cekal kerana pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku,” katanya.

Selain Lawas, Sufian memberitah­u bahawa Pemuda PBB turut menyalurka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran di daerah Limbang.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Kecil Sundar Ladin Atok, Timbalan Ketua Cawangan PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Abidin, Exco Pemuda Negeri Abu Baharin Redzuan, Ketua Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Semie Nasip dan Timbalan Ketua Kelab Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Awang Emran Damit.

 ??  ?? HULUR BANTUAN: Sufian (depan, tujuh kiri) menyampaik­an barang keperluan kepada Hussaini untuk mangsa kebakaran Kampung Manangah, Awat-Awat semalam.
HULUR BANTUAN: Sufian (depan, tujuh kiri) menyampaik­an barang keperluan kepada Hussaini untuk mangsa kebakaran Kampung Manangah, Awat-Awat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia