Utusan Borneo (Sarawak)

RMK11: HDC akan melalui proses penyusunan semula

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) akan melalui proses penyusunan semula tidak lama lagi dalam persediaan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), kata Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, kajian sedang dilaksanak­an bagi mencari kaedah terbaik untuk meneruskan­nya.

“Saya yakin apa yang kita lakukan dan laksanakan mengikut keperluan RMK11 kerana kita akan diberikan peruntukan yang lebih tinggi,” katanya pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri HDC di Wisma Sumber Alam semalam.

Sehubungan itu beliau meminta setiap kakitangan memberi kerjasama penuh untuk menjayakan­nya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelanconga­n menambah, beliau telah diberi tanggungja­wab tambahan oleh Ketua Menteri iaitu di luar Kementeria­n Pelanconga­n dan Kementeria­n Perumahan yang mana ia akan diumumkan pada penghujung tahun ini.

“Masa saya mungkin akan lebih ketat daripada sekarang.

Bagaimanap­un, saya akan dibantu oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Gramong Juna dan Datuk Talib Zulpilip, menjadikan kedua-dua kementeria­n dapat berjalan lancar apabila saya melaksanak­an tugas baharu saya nanti,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada kakitangan HDC atas kerjasama dan melakukan tugas yang baik.

“Dalam kementeria­n dan HDC, kita bertuah kerana mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan setiap orang. Tidak kira bangsa, kita tetap bekerjasam­a dengan erat sebagai satu keluarga,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi HDC Datuk Dr Abang Rauf Abang Zen, Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Yusop Wan Moss dan Pengerusi Daya Builders Dr Abdul Rahman Junaidi.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah semasa Majlis RamahTamah Aidilfitri HDC di Wisma Sumber Alam semalam.
TAHNIAH: Abang Johari (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah semasa Majlis RamahTamah Aidilfitri HDC di Wisma Sumber Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia