Utusan Borneo (Sarawak)

BDCF landasan kekal budaya, warisan Dayak

Penganjura­nnya merupakan usaha baik tonjol budaya, warisan untuk diwarisi generasi muda

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) bukan sahaja menjadi daya tarikan pelancong, tetapi sebagai landasan terbaik untuk mengekalka­n kebudayaan dan warisan Dayak.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata kejayaan menganjurk­an BDCF edisi ke-12 ini satu usaha baik dalam menonjolka­n kebudayaan dan warisan masyarakat Dayak untuk diwarisi generasi muda.

“Ini menunjukka­n generasi terdahulu telah memimpin generasi baharu dengan baik dan BDCF terus dianjurkan setiap tahun.

“BDCF merupakan landasan terbaik mempertaha­n nilainilai kebudayaan dan warisan kita supaya terus diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya pada Malam Kebudayaan Dayak Bidayuh BDCF 2014 di Dataran Bandar Sibu di sini, kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit, Residen Ba-

TERIMALAH: hagian Sibu Sim Kok Kee, Pengerusi Jawatankua­sa BDCF 2014 Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa BDCF 2014 Kaunselor Paulus Banyang, dua Naib Pengerusi Ja- watankuasa BDCF 2014 Kaunselor Pasang Ngelambai dan Kaunselor John Ujang, Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Alice Jawan, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu Mejun Abang dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu Lade Kulong.

Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh menyifatka­n kebudayaan dan warisan adalah mercu kepada kehormania­n dan perpaduan berbilang kaum.

“Tanpa perpaduan dan keamanan negara, kita mungkin tidak dapat menunjukka­n ke-

Ini menunjukka­n generasi terdahulu telah memimpin generasi baharu dengan baik dan BDCF terus dianjurkan setiap tahun.

budayaan dan warisan kita sendiri seperti pesta ini.

“Kita harus bersyukur kerana kebudayaan dan warisan kita masih dapat diwarisi kerana disebabkan keamanan negara masih terpelihar­a atas usaha pemimpinny­a,” ujar beliau.

Dr Jerip menggesa rakyat supaya mengambil berat tentang soal perpaduan dan menolak segala anasir-anasir luar yang boleh menggugat keamanan negara.

“Rakyat hendaklah berfikir matang, bersikap terbuka serta menolak segala unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonia­n.

“Dengan adanya keamanan segala rancangan dan program pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan sempurna.

“Begitu juga dengan kebudayaan dan warisan kita yang dipelihara dengan baik tanpa ada gangguan dan kita bebas mempersemb­ahkannya di mana-mana,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati masyarakat Dayak agar bangga menjadi bangsa sendiri serta memulihara adat resam, kebudayaan dan warisannya.

“Jagalah identiti kita yang melambangk­an bangsa kita. Kekalkan budaya dan adat resam kita agar tidak ditelan zaman.

“Sikap sedemikian merupakan asas perjuangan kaum yang sangat penting bagi menjamin nilai-nilai warisan dan adat resam tidak pupus begitu sahaja,” tambahnya.

 ??  ?? Dr Jerip (lima kanan) menerima cenderamat­a berupa ‘Selampai’ daripada Sempurai selepas menyempurn­akan Malam Kebudayaan Dayak Bidayuh BDCF 2014 di Sibu, malam kelmarin.
Dr Jerip (lima kanan) menerima cenderamat­a berupa ‘Selampai’ daripada Sempurai selepas menyempurn­akan Malam Kebudayaan Dayak Bidayuh BDCF 2014 di Sibu, malam kelmarin.
 ??  ?? JOHAN: Kumpulan Sanggar Budaya menggondol gelaran johan bagi kategori tradisiona­l dan kreasi pada Festival Tari Negeri Sarawak di Sibu malam kelmarin.
JOHAN: Kumpulan Sanggar Budaya menggondol gelaran johan bagi kategori tradisiona­l dan kreasi pada Festival Tari Negeri Sarawak di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia