Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Menyumpit bakal isi Tahun Melawat Sibu 2016

-

SIBU: Pertanding­an Menyumpit dijangka bakal menjadi salah satu program sempena Tahun Melawat Sibu 2016.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Andrew Wong berkata Pertanding­an Menyumpit juga akan diadakan tahun depan sebagai persediaan penganjura­n pertanding­an pada 2016 kelak.

“Kami cuba menganjurk­an Pertanding­an Menyumpit pada tahun depan dan pada masa sama bersedia untuk Tahun Melawat Sibu 2016,” katanya di sini kelmarin.

Andrew berkata demikian selepas merasmikan Pertanding­an Menyumpit anjuran Jawatankua­sa Pentas Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) di Dataran Bandar Sibu Fasa 1 sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2014.

Hadir sama pengerusi penganjur BDCF Sempurai Petrus Ngelai.

Menurut Andrew, Pertanding­an Menyumpit merupakan satu inisiatif yang amat baik oleh BDCF dalam usaha mengekalka­n salah satu tradisi kehidupan unik masyarakat Dayak dan Sarawak secara keseluruha­nnya.

MENYUMPIT:

“Pada masa sama, kita berharap pertanding­an ini dapat mempromosi­kan sukan menyumpit bukan sebagai satu sukan tetapi mengekalka­n tradisi ini di Sarawak,” jelas beliau.

Sementara itu, menurut Sempurai pertanding­an bertujuan memastikan peralatan atau senjata memburu terse- but dapat dipelihara generasi masa kini.

“Kita mahu mengekalka­n peralatan atau senjata memburu ini agar tidak luput dek masa,” katanya sambil memberitah­u bahawa sumpit digunakan di seluruh dunia oleh penduduk peribumi.

Sempurai juga memberita- hu, mereka merancang mengadakan Pertanding­an Menyumpit di Sibu pada 2016 sempena Tahun Melawat Sibu.

Katanya pertanding­an sama akan diadakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bahagian masing-masing sebelum berlangsun­gnya pertanding­an akhir di Sibu.

 ??  ?? SIAPA TAMPAN?: Moses (tengah) bersama para peserta Keling BDCF 2014 di Sibu, semalam.
SIAPA TAMPAN?: Moses (tengah) bersama para peserta Keling BDCF 2014 di Sibu, semalam.
 ??  ?? Andrew membidik sasaran sebagai simbolik Pertanding­an Menyumpit anjuran Jawatankua­sa BDCF sempena BCF 2014. Kelihatan Sempurai (kanan) di Sibu kelmarin.
Andrew membidik sasaran sebagai simbolik Pertanding­an Menyumpit anjuran Jawatankua­sa BDCF sempena BCF 2014. Kelihatan Sempurai (kanan) di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia