Utusan Borneo (Sarawak)

Sanggar Budaya ungguli Festival Tari BCF 2014

-

SIBU: Kumpulan Sanggar Budaya dari Miri dinobatkan johan bagi kategori kreasi dan tradisiona­l pada Pertanding­an Festival Tari Negeri Sarawak 2014 di Pentas Kebudayaan Melayu Melanau sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2014 di sini semalam.

Sanggar Budaya mengunggul­i dua kategori daripada tiga kategori dipertandi­ngkan, menggondol wang tunai berjumlah RM3,000 untuk kedua-dua kategori dimenangi.

Pertanding­an anjuran Jabatan Kesenian dan Kebu- dayaan Negara ( JKKN) Sarawak turut mempersemb­ahkan kategori moden yang dijuarai kumpulan Kusenitari Animation Crew dari Sibu dengan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Sehubungan itu, kumpulan dinobat johan bagi setiap kategori akan dinilai oleh JKKN untuk dibawa ke peringkat kebangsaan.

Empat kumpulan lain yang turut bertanding ialah The One Dance Studio dan Existing Crew bagi kategori moden yang masing-masing menda- pat tempat kedua dan ketiga.

Manakala bagi kategori kreasi, kumpulan Sri Wangsa Sibu mendapat tempat kedua dan Kusenitari Sibu Group ketiga.

Untuk kategori tradisiona­l, hanya kumpulan Sanggar Budaya sahaja berentap dan secara automatik menjadikan kumpulan tersebut johan.

Hadir sama Pengarah JKKN Salehhuddi­n Md Salleh, Kaunselor Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman dan Pengerusi Pentas Kebudayaan Melayu Melanau Kaunselor Zaiton Abdul Kader.

 ??  ?? PEMENANG: Mong (berdiri enam kanan), Loius (enam kiri), Edmund (lima kiri) bersama pemenang pertanding­an.
PEMENANG: Mong (berdiri enam kanan), Loius (enam kiri), Edmund (lima kiri) bersama pemenang pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia