Utusan Borneo (Sarawak)

10 jejaka Dayak rebut gelaran Keling BDCF

-

SIBU: Seramai 10 jejaka Dayak di negeri ini berentap bagi merebut gelaran Keling Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2014 pada kali ini.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur, Mejar Moses Ripai berkata peserta adalah dari seluruh bahagian negeri ini.

“Peserta akan mengadakan pratonton pada malam 20 Ogos (esok) jam 9 malam di pentas BDCF di Dataran Bandar Sibu Fasa I sebagai aksi ‘pemanas badan’ sebelum berentap pada final keesokan malamnya.

“Mereka akan memakai pakaian suit kontempora­ri konsep Dayak,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, tiada peringkat saringan diadakan kerana semua peserta layak secara automatik ke final yang dijadualka­n pada malam 21 Ogos ini.

“Pada malam final nanti baharulah peserta menggunaka­n baju tradisiona­l,” jelasnya.

Para peserta keling terdiri daripada John Berendan Sang, Steward Sabang, Frankie Fiq Ngadit, Randy Pangkas, Wellington Kuling, Kenneth Entalang, Kemmy John, Augustine Douglas Steel, Mathias Ribut dan Cornelius Joseph.

Keling BDCF 2014 membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala iringan dan hamper, naib johan menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta piala iringan dan hamper manakala tempat ketiga RM1,000 serta piala iringan dan hamper.

Tempat keempat hingga kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan hamper. Tempat keenam hingga ke- 10 masing- masing menerima RM300 serta hamper.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dijangka menyempurn­akan penutupan pentas BDCF 2014 sempena final Kumang dan Keling BDCF pada malam 21 Ogos (Khamis ini) jam 7 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia