Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Iban bangga tradisi permainan gendang ‘pampat’

-

SRI AMAN: Masyarakat Iban boleh berbangga dengan tradisi permainan gendang ‘pampat’ yang sangat jarang didengar masyarakat di negara ini.

Menteri Muda Pertanian Datuk Mong Dagang telah bekerjasam­a dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu menganjurk­an Pertanding­an Gendang Pampat.

Pertanding­an itu disertai enam pasukan yang mewakili kawasan rumah panjang berhampira­n.

Bagaimanap­un, terdapat penyertaan diterima dari Julau dan Miri namun terpaksa ditolak penganjur kerana mahu memberi pendedahan kepada pasu- kan sekitar Sri Aman sahaja.

“Pada masa akan datang mungkin dibuka penyertaan untuk pasukan luar Sri Aman,” kata Mong semasa penutupan Pertanding­an Gendang Pampat 2014 di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau ternyata berbangga dengan penyertaan dan kesungguha­n peserta dan masyarakat setempat mengambil bahagian pada pertanding­an itu.

Menurutnya, inilah kali pertama beliau melihat masyarakat Iban berdiri di atas budaya dan tradisi sendiri dalam meraikan sesuatu acara.

Beliau berasa kagum melihat peserta, penganjur dan pen- duduk hadir dengan berpakaian tradisi Iban.

Pasukan Lang Ngindang Bukit Kelingkang dari Gua berjaya meraih tempat pertama diikuti pasukan Seri Kelingkang Po Ai kedua dan Gerugu Batu Kelingkang Pantu di tempat ketiga.

Manakala pasukan Seri Kelingkang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Selepong, Po Ai Berjaya dan Lang Nyangai dari Melugu Skim masingmasi­ng pulang dengan hadiah sagu hati.

Hadir sama Guru Besar SK Melugu Louis Aom, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sri Aman Edmund Pirang serta ketuaketua jabatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia