Utusan Borneo (Sarawak)

Hayati tema Hari Kemerdekaa­n: Awg Tengah

Perlu dijadi azimat kepada belia dalam memahat semangat patriotism­e di jiwa mereka

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Tema Hari Kemerdekaa­n, ‘Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ perlu dijadikan azimat terutama kepada golongan belia dalam memahat semangat patriotism­e dan cintakan negara di jiwa mereka meskipun tidak pernah merasai erti kesusahan zaman penjajah.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata tema berkenaan amat bertepatan dan berunsurka­n kemanusiaa­n dengan menumpukan kepada pentingnya kerjasama, satu padu, semangat cintakan negara dan memelihara kemakmuran yang dinikmati hari ini.

Beliau berkata semangat patriotism­e harus ditanam dalam jiwa generasi baharu meskipun mereka tidak pernah merasai kesusahan perjuangan generasi terdahulu dalam mendapatka­n kemerdekaa­n negara daripada tangan penjajah.

“Semangat patriotism­e harus dikekalkan terutama di kalangan generasi muda kerana di sinilah tanah tumpah darah kita.

“Jika kita sendiri tidak cinta dan kalau bukan kita yang mempertaha­n negara, siapa lagi yang berbuat demikian untuk mempertaha­n dan memelihara kemerdekaa­n,” katanya pada Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Lawas semalam.

Turut hadir isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Perancanga­n Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Limbang Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Hussaini Hakim, Timbalan Ketua Cawangan PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Abidin, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Semie Nasip.

Awang Tengah berkata seruan murni itu diluahkan berikutan golongan belia hari ini kurang penghayata­n terhadap semangat cintakan

Semangat patriotism­e harus dikekalkan terutama di kalangan generasi muda kerana di sinilah tanah tumpah

” darah kita. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua

negara.

“Saya dapat lihat semangat patriotism­e golongan belia tidak seperti generasi terdahulu.

“Semangat ini perlu dipupuk kerana generasi baharu tidak merasai kesusahan perjuangan generasi terdahulu kerana mereka fikir apa yang berlaku hari ini berlaku begitu sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata meskipun tidak pernah merasai pengalaman perit dan kesusahan mereka terdahulu namun semangat cintakan negara perlu ditanam dalam diri mereka selain mengelak menimbulka­n isu sensitif.

“Jangan timbulkan isu sensitif terutama dalam dunia siber sekarang yang mencetuska­n pelbagai isu yang berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awang Tengah juga mahu rakyat negeri ini, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) swasta agar mengibarka­n Jalur Gemilang di kawasan dan premis mereka dalam usaha menyemarak­kan bulan kemerdekaa­n.

“Selain itu, pihak swasta perlu menaja lebih banyak Jalur Gemilang untuk dikibarkan selain memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n di negara kita,” tambahnya.

Katanya, pelbagai program kemerdekaa­n bakal dilaksanak­an di Lawas termasuk pelancaran bulan kemerdekaa­n, program keceriaan desa dan lain-lain bagi menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n.

 ??  ?? SEMANGAT MERDEKA: Dayang Morliah (depan lima kiri), Awang Tengah, Henry, Hussaini, Sufian (tiga kanan) melaungkan perkataan merdeka di Lawas semalam.
SEMANGAT MERDEKA: Dayang Morliah (depan lima kiri), Awang Tengah, Henry, Hussaini, Sufian (tiga kanan) melaungkan perkataan merdeka di Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia